Sarawak United Buat Kejutan, Pahang Kecundang Lagi..

 Sarawak United Buat Kejutan. Semalam berlangsung dua perlawanan liga super melibatkan 4 pasukan iaitu sarawak united menentang Melaka United dan juga Negeri Sembilan menentang Pahang. Hasilnya dua kemenangan diperolehi dari perlawanan ini.

Sarawak United Buat Kejutan, Pahang Kecundang Lagi..


Sarawak United Buat Kejutan

Pasukan yang dibelasah selangor baru-baru ini iaitu sarawak united tampak lega apabila berjaya mengalahkan melaka united dengan jaringan 3-2 dalam perlawanan yang berlangsung di stadium hang jebat itu.

Melaka united terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sony norde pada minit ke 17. Kemudian pada minit ke 23, Gonzalo Sato menyamakan kembali kedudukan.

Tapi pada minit ke 34, Syazwan Andik merembat masuk untuk Melaka United mendahului 2-1.  Pada separuh masa kedua, Gonzalo sato sekali lagi menjadi penyelamat sarawak united apabila menjaringkan gol penyaamaan.

Sebelum tiupan wisel minit akhir perlawanan, pasukan Sarawak United berjaya mendapatkan gol kemenangan mereka menerusi tandukan Francis Kone. Keputusan akhir melaka united 2-3 sarawak united.

Dalam perlawanan lain, Sri Pahang terus menerus mengalami kekalahan dan kali ini Negeri sembilan pula mengalahkan mereka.

Gol negeri sembilan muncul pada minit ke 35 menerusi gustavo dan kemudian menerusi yashir pinto pada minit ke 48 separuh masa kekdua. Gol terakhir negeri sembilan dijaringkan oleh matheus alves yang juga merupakan bekas pemain import pasukan pahang.

keputusan akhir, negeri sembilan 3-0 pahang.


Previous Post Next Post