Fakta dan Sinopsis Filem 35mm

Fakta dan Sinopsis Filem 35MM ini mengisahkan 3 orang kawan baik yang terperangkap dalam dalam mesin masa selepas diorang beli sebuah kamera lama dan antik.  

Aku tak perlu kenalkan lagi siapa pengarah muda ini kerana nama Syahmi Sazli sudah tersohor dalam membuat karya-karya filem pendek dan jugak filem sebenar. Kali ini dia datang dengan karya 35 mm yang turut membarisi pelakon sama sahaja iaitu Syahmi sendiri, Asif dan Yoe Parey lagi.


Fakta dan Sinopsis Filem 35mm


Fakta dan Sinopsis Filem 35mm

Filem baru dan menarik ini juga menggunakan pelakon lain yang lain dari lain. Antara barisan pelakon lain yerlibat adalah 

  • Kenji Sawahii sebagai Kapitan Hung

  • Puteri Kapitan Hung sebagai Katherin Teng

  • Melanie Tan sebagai Pengiring Puteri Kapitan Hung

  • Ainul Yakin sebagai Pengiring Puteri Kapitan Hung

  • Mohammad (Abe Mat) sebagai Mahaguru Cina

  • Xing hu sebagai Isteri Mahaguru Cina

  • MN BadrivMejar Fujikura

  • Wea Selamos sebagai Buang (Talibarut Jepun)

Filem 35 mm ini mengisahkan tentang Asif, Yoe dan juga Syahmi membeli sebuah kamera lama dari barang-barang antik. Tanpa mengetahui apa isi kamera tersebut mereka membeli dan menggunakannya. tapi sebenarnya kamera tersebut mampu membawa mereka kezaman silam. Mereka bergerak dari satu zaman ke zaman yang lain.

antara zaman yang ditonjolkan adalah Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British. Lebih menyedihkan apabila tiba tahun 1997, mereka bertemu dengan ibu bapa yoe dan di situlah yoe tidak mahu kembali ke zaman 2020.

Dapatkah mereka lari dari zaman-zaman tersebut?

INFO FILEM 35 MM.

Filem ini mula ditayangkan pada 21 jun 2022 di astro first tau. Dia diarahkan sendiri oleh syahmi sazli. 

Filem ini juga sedang bersaing dengan filem Mat Kilau yang ditayangkan di Pawagam.

REVIEW PENONTON FILEM 35 MM.

Tadi aku ada godek-godek facebook dan tengok review dari page-page besar dan juga review orang perseorangan yang telah menonton filem ini.

Rata-rata mereka beranggapan filem ini bermula perlahan dalam karya syahmi kali ni. tetapi mereka juga memuji bahagian kedua filem ini yang menampilkan perjalanan masa dan juga hubungan kekeluargaan yang menyentuh hati.

Overall review mereka beri 7/10 shaja untuk filem ini. Korang yang belum tengok PASTIKAN KORANG TENGOK DULU BARU NILAI TAU !

Selamat menonton.


Previous Post Next Post