Kedah Bawa Skuad Terkuat ke AFC Cup 2022

 Kedah Bawa Skuad Terkuat ke AFC Cup 2022. Menjelang aksi pembukaan peringkat kumpulan AFC Cup 2022 tidak lama lagi. Salah satu wakil dari Malaysia Pasukan Kedah tampak lebih bersedia dengan barisan pemain yang ada untuk membuat kejutan dalam pertandingan itu nanti.


Kedah Bawa Skuad Terkuat ke AFC Cup 2022


Kedah Bawa Skuad Terkuat ke AFC Cup 2022

Ketua Pegawai Operasi Teknikal dan Pertandingan KDA FC, Shahrul Samsudin, berkata kepada Harian Metro

"Kami sasarkan Kedah dapat melepasi peringkat kumpulan. Walaupun tidak mudah tetapi saya lihat pasukan cukup bersemangat untuk menghadapi saingan antarabangsa ini.

"Pemain melalui program yang diatur khas sepanjang cuti sebulan ini dengan susunan modul latihan pula merangkumi padang, gimnasium serta sesi pemulihan dan dengan segala perancangan diatur rapi ini kita boleh lihat senarai pemain terbaik yang akan dipilih beraksi pada kejohanan di Bali nanti.

"Walaupun berhadapan tekanan lebih tinggi kerana beraksi di tempat lawan, saya yakin kita mampu beri aksi terbaik kerana adakalanya jika kita beraksi di tempat sendiri pun kita juga tetap menghadapi tekanan," katanya.

Sebagai peminat bola sepak, kita doakan pasukan kedah dapat beraksi dengan baik seterusnya dapat melangkah ke pusingan kalah mati selepas itu.

Pasti doa rakyat Malaysia untuk kedua-dua pasukan dari Malaysia iaitu KL City dan KDA FC berjaya di pentas Asia nanti.


Previous Post Next Post