Telefilem Sekolah Sampah

Aliff Aziz berlakon dalam telefilem bertajuk sekolah sampah yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin membina sekolah di dalam timbunan sampah untuk anak-anak yang tidak bernasib baik.

Telefilem ini juga menyaksikan Aliff digandingkan dengan Bella Astillah dalam satu cerita. Ia akan ditayangkan di saluran astro citra tau. 


Telefilem Sekolah Sampah


Jarang ada pengarah yang mengetengahkan mengenai pendidikan kepada anak-anak yang kurang kemampuan dan anak-anak gelendangan. Kemunculan sebuah sekolah di tempat sampah memberi kesedaran kepada penonton mengenai kepentingan pendidikan.

Disamping itu juga. telefilem sekolah sampah memberi gambaran kepada masyarakat satu sisi lain dalam kelompok masyarakat ibu kota yang mungkin kita terlepas pandang. Sampah bukan sebarang sampah tetapi merupakan sekolah yang menaikkan nilai kemanusian dan ilmu.

Sinopsis Sekolah Sampah

Cerita ini mengisahkan tentang Adam yang mempunyai cita-cita yang murni. Dia sering lihat anak-anak yang kurang bernasib baik tetapi mereka tekun belajar dalam serba kekurangan.

Jadi adam nekad mahu membina sekolah bagi memberi peluang kepada anak-anak ini belajar dan menambah ilmu pengetahuan.

Namun dia perlu menempuh dugaan dari masyarakat sekeliling untuk merialisasikan niat baiknya itu. Dapatkah adam membina sekolah tersebut? 

Info telefilem

Sekolah sampah ini akan ditayangkan pada 29 Mei 2022 pada jam 9 malam. Macam aku dah bagi tahu tadi, ia akan di tayangkan untuk slot citra exclusive di saluran astro citra.

Skrip karya ini ditulis oleh Jo Sidek dan diarahkan oleh Ebi Kornelis. Antara pelakon sekolah sampah yang lain adalah Aidil Astillah, Pasqueletta Joan, Nuhamizan SYahmi, Fatima Nadhira, Haiqal Saputra dan  Rubisa Tiasin.

Selamat menonton!


Previous Post Next Post