Sinopsis Filem Kami Histeria

Filem menarik, KAMI HISTERIA ini mengisahkan tentang satu band yang disertai oleh 5 orang gadis dengan pelbagai ragam dan karenah. Filem kami histeria ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Mila Jirin, Sara Ali, Nad Zainal, Fazura dan Umie Omar. Ia merupakan filem tahun 2014 yang lalu dan korang boleh tengok barisan pelakon ketika itu masih muda remaja.


Sinopsis Filem Kami Histeria

Dapatkah 5 sekawan ini menangkap dan menyelesaikan misteri tersebut?


Sinopsis Kami Histeria

Filem kami histeria ini mengisahkan tentang Jojo, Badariah a.k.a. Bad, Laila, Airin a.k.a. Princess dan Peanut merupakan sahabat sejak beberapa tahun lalu dan berazam nak naikkan nama band mereka, Histeria. Mereka baru berpindah ke sebuah rumah flat bersebelahan dengan rumah Pit (Izzue Islam). 

Ketika mereka merakamkan lagu Muzik, mereka telah diganggu oleh hilaian langsuir. Walaupun dengan gangguan tersebut, mereka tetap meneruskan rakaman.

Pada keesokkan harinya, Jojo sedar bahawa rakaman mereka itu turut mempunyai suara langsuir tersebut. Jojo dan Princess tidak mahu memuat naik lagu tersebut ke Youtube, tetapi hasil kata sepakat, lagu tersebut dimuat naik juga ke Youtube. 

Lagu tersebut menjadi hit dan mereka mula menjadi terkenal. Tanpa membuang masa, mereka mulai merakam lagu baharu (Pujaan Hatiku) supaya merkea tidak kehilangan peminat. Lagu kedua mereka itu, tidak sehebat lagu pertama mereka. 


Sinopsis Filem Kami Histeria


Pihak media mula melabelkan mereka sebagai "One-hit Wonder". Merasai tercabar, Jojo dan Princess mencari punca kejayaan lagu pertama mereka. 

Perbezaan lagu pertama dan kedua yang telah mereka temui ialah lagu pertama tersebut mempunyai suara hilaian langsuir. 

Mereka merasakan itulah penyebab kejayaan mereka. Mereka menunggu suara langsuir tersebut agar mereka dapat merakam lagu hit baru. Selepas seminggu menunggu, Bad mula mencari alternatif.

Bad berjaya meyakinkan ahli kumpulan yang lain untuk pergi mencari langsuir. 

Selepas beberapa jam di dalam hutan, Bad mulai membaca jampi serapah Cik Lang yang dia dapati dari internet. Cik Lang (Nur Fazura) muncul dan mereka memulakan rundingan untuk merakam suara Cik Lang. 

Hasil perjanjian mereka ialah sekirannya lagu tersebut menjadi popular, mereka akan bertemu lagi dengan Cik Lang untuk rundingan seterusnya.

Lagu Kami Histeria, yang dirakam dengan suara Cik Lang mula menjadi popular dan mereka menjadi terkenal. Ketika ditemu ramah di radio Era FM, Cik Lang telah menelefon konti penyampai radio tersebut. 

Dia mengharapkan kumpulan Histeria tidak melupakan janji yang telah mereka buat sebelum ini.

Cik Lang muncul di rumah mereka mengharapkan janji mereka ditunaikan. Cik Lang meminta mereka membawa Afdlin Shauki kepadanya. 

Menyedari mereka tidak mampu untuk menunaikan janji tersebut, mereka meminta janji itu ditukar. Cik Lang, yang marah, mengugut mereka. 

Konflik muncul sama ada hendak menculik Afdiln Shauki atau tidak. Sementara itu, Cik Lang mula menganggu mereka.

Kumpulan Histeria, yang ketakutan, menculik Afdlin Shauki ketika raptai Anugerah Bintang Popular. Cik Lang sangat gembira tetapi kumpulan Histeria menyerang Cik Lang dengan mesin paku dan surah Yaasin. Cik Lang berjaya ditewaskan dan mereka pun berpindah rumah.

Ketika sesi rakaman video lagu mereka yang diarahkan oleh Afdlin Shauki, Cik Lang yabg dilakonkan oleh Nur Fazura muncul. Di luar studio pula kelihatan sebuah kereta mewah baru sahaja sampai. Fazura keluar dari kereta tersebut kemudiannya terkejut apabila mendengar suara jeritan dari dalam studio.

Info dan Pelakon

Bagi yang tidak tahu, pengarah kami histeria ini adalah Shamyl Othman dan ini merupakan cerita asal oleh Rafidah Abdullah

Barisan pelakon kami histeria ini terdiri daripada:

  • Nur Fazura melakonkan watak Cik Lang di dalam filem ini.
  • Diana Danielle sebagai Laila
  • Sara Ali sebagai Bad
  • Mila Jirin sebagai Princess
  • Nad Zainal sebagai Peanut
  • Umie Omar sebagai Jojo
  • Nur Fazura sebagai Cik Lang
  • Izzue Islam sebagai Pit
  • Afdlin Shauki sebagai Afdlin Shauki

Filem ini kali pertama ditayangkan pada 6 Februari 2014 dan berdurasi selama 90 minit.

Review Kami Histeria

Disebabkan sudah ramai yang menonton filem ini maka sudah banyak review yang dikeluarkan. Rata-rata mengatakan filem ini sangat baik dan ia bergenre komedi seram yang lain daripada yang lain. Malah ramai juga memuji keserasian para pelakon dalam filem ini dan memberi kredit kepada mereka. 

Selain itu, mereka juga menjangkakan filem ini mampu menjadi filem terbaik tahunan ketika itu. kalau korang tak tengok lagi, ia akan ditayangkan semula pada 6 mei 2023 di saluran astro citra tau.


Previous Post Next Post