Sinopsis drama kerana dia suka lakonan Fikri Ibrahim

Sinopsis drama kerana dia suka lakonan Fikri Ibrahim. TERKERJUT! Bertapa bestnya drama ni. Itulah yang awal aku cakap bila dah mula layan drama 20 episod lakonan Rita Nadira dan Fikri Ibrahim. Drama ini juga merupakan drama adaptasi novel karya Marissa. Telah mula ditayangkan sejak 8 Mac 2022 yang lalu di saluran TV3.  Jom lah kita baca sinopsis drama kerana dia suka di bawah ini. 


Sinopsis drama kerana dia suka lakonan Fikri Ibrahim


Sinopsis drama kerana dia suka lakonan Fikri Ibrahim

Drama 20 episod ini ditayangkan pada setiap hari rabu hingga sabtu pada jam 9  malam di TV3. Jika korang terlepas, boleh layan semula di saluran penstriman Disney+ Hotstar yer.

Untuk sinopsis drama kerana dia suka ini, kita mula dengan perkenalan Idham dan Wardina secara tak sengaja ketika mereka pergi bercuti di Langkawi.

Kedua-dua mereka sudah mempunyai tunang masing-masing tetapi tunang mereka buat hal. Tunang Si Idham pula dah ada lelaki lain dibelakang Idham. Manakala sufian tunang kepada wardina pula ditangkap khalwat dengan kawan sekampung mereka.

Selepas peristiwa hitam itulah membawa Wardina ke langkawi dan secara tidak sengaja berlaku sebuah insiden pertemuannya dengan Idham.

Mereka juga kebetulan tinggal di tempat penginapan yang sama dan kerap berjumpa setelah itu. Lama kelamaan, mereka mula mengenal hati budi masing-masing.

Wardina terkejut apabila idham bagi tahu yang dia sudah bertunang. Wardina memang tak suka rampas hak orang tetapi idham masih nak berkawan dengan Wardina.

Sehingga sampai satu tahap, Idham kata dia nak putus tunang dengan tunangnya itu. Wardina lega tetapi pada masa yang sama pelik kenapa idham buat macam tu.

Bagaimanakah pengakhiran drama ni nanti? Kalau nak tahu, kenalah tengok di TV3 ! 


Jom join group fb >> Kaki Drama < untuk info drama terbaru !

Review Jujur!

Setakat ni, aku boleh katakan jalan cerita dia santai jer tak da konflik yang berat sangat pun. Jadi korang memang boleh layan sambil tersenyum sorang-sorang tengok gelagat si fikri dan rita nadira tu. 

hehe. Aku suka sebab nampak santai dan bersahaja lakonan mereka dan juga dengan pelakon-pelakon lain.

Drama yang diarahkan oleh Kyoll Hamzah ini ditulis skripnya oleh Mufid Suhaimi dan Next Scene Team tau.

Antara pelakon utama dalam drama ini adalah Risyka Akira, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fendi London, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi dan Mimi Ernida.

Selain itu, kita juga ada pelakon Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Harris Annuar, Nina Smith, Shah Khan, Halmey Hamdah, Nadia Kesuma dan juga Zain Saidin.

Watak idham dilakonkan oleh Fikri Ibrahim dan watak Wardina pula di lakonkan oleh Rita Nadira. Selain itu, Nasha aziz memegang watak Seha, manakala Che Ta pula sebagai Hajah Mariah.

Bro Riz Amin sebagai Ijol iaitu abang kepada wardina. Itu jer lah watak yang aku kongsikan dengan korang ya.

Jangan lupa untuk tonton sampai habis drama romantik komedi ini di saluran TV3!

Previous Post Next Post