Biodata Rita Nadira, Pelakon Drama Kerana Dia Suka.

Biodata Rita Nadira, Pelakon Drama Kerana Dia Suka. Hai semua, kali ini aku nak kongsikan mengenai seorang pelakon baru ini. Dia mula dikenali sejak membintangi drama ayahanda di tv 3 dan kini dia kembali dengan naskhah baru iaitu drama kerana dia suka. Siapakah dia? kalau anda nak tahu, jom baca biodata rita nadira di bawah ini ya. 


Biodata Rita Nadira, Pelakon Drama Kerana Dia Suka.


Biodata Rita Nadira, Pelakon Drama Kerana Dia Suka.

Aku yakin ramai dah kenal dengan pelakon ini. Dalam maklumat mengenai biodata rita nadira ini, kami kongsikan yang Nadira mempunyai kelulusan Ijazah Seni Persembahan UITM tau. Selain berlakon, dia juga merupakan seorang model.

Antara drama lakonan Nadira adalah Jujurlah Nikahi Aku (astro) dan Drama Julliet di saluran RTM. Kedua-duanya ditayangkan pada tahun 2020. Sebelum itu, pada tahun 2019 dia pernah membintangi telefilem kisah seram hostel untuk saluran astro citra. 

Tambahan pula pada tahun 2021 dia juga membintangi drama tak sempurna mencintaimu dan juga drama ayahanda tau untuk saluran tv3.

Instagram : Instagram Rita Nadira.   

Bagi yang tak tahu, Nadira dilahirkan pada 7 Jun 1997 tau. Sekarang ini dia berusia 25 tahun. Masih muda lagi rupanya.

Semoga dengan kehadiran Nadira ini dalam industri lakonan tempatan dapat memeriahkan lagi bakat yang bakal diketengahkan nanti. 

Goodluck Rita Nadira! 


 

Previous Post Next Post