"

Biodata Fikry Ibrahim Pelakon Drama Kerana Dia Suka, pengacara dan pelawak. Korang kenal dengan pelawak ini. Macam mana tak kenal si fikry ni kan. Banyak rancangan, drama yang menggunakan khidmatnya sebagai pelakon dan pengacara kan. Tapi aku yakin ramai yang masih tak tahu lebih rapat mengenai jejaka berasal dari Kedah ni. Jadi jom baca biodata fikry ibrahim di bawah ini. 

Biodata Fikry Ibrahim Pelakon Drama Kerana Dia Suka

Biodata Fikry Ibrahim Pelakon Drama Kerana Dia Suka

Dalam biodata fikry ibrahim ini, kami kongsikan nama penuh dia adalah Ahmad Fikry Bin Ahmad Ibrahim. Dia dilahirkan pada 16 April 1994 dan kini berusia 28 tahun pada tahun 2022.
Fikry berasal dari Jitra, Kedah dan kini menceburi bidang pengacaraan, lakonan, model dan juga komedi. Memang berbakat si Fikry ni.


Fikry Ibrahim pernah berlakon dalam Drama Kau Yang Pertama pada satu ketika dahulu. Fikry mula dikenali selepas memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Lawak Solo terbitan Astro.

Sejak dari itu, rezeki dia makin murah dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Dia juga merupakan pengacara Gema Gegar Vaganza juga tau. Korang ingat lagi tak?

Terbaru, Fikry merupakan hero bagi Drama Encik Imam Ekspress yang ditayangkan di Astro Ria. Sebenarnya banyak dah drama dan telefilem yang fikry berlakon. Kebanyakkannya memang viral. Antaranya adalah Cik Reen Cik Ngok Ngek, Cekelat Semanis Honey dan lain-lain.

Untuk tahun 2019 juga, Fikry kembali membintangi drama tv 3 dengan drama bertajuk Kau yang pertama. Dia digandingkan dengan Farah Nabilah lagi! hehe selalunya kalau dua orang ni bergabung, mesti jalan cerita dia best. hehe

Untuk tahun 2022 iini, fikry sekali lagi muncul dalam drama kerana dia suka yang menggandingkan dia dengan Rita Nadira tau! Aku dah layan drama ni, memang best. kalau korang terlepas boleh layan dekat disney + yer.

Akhir sekali, kita doakan semoga Fikry terus berjaya dalam dunia seni tanah air dan di murahkan rezekinya. Korang suka drama lakonan Fikry yang mana ? Jom komen dekat bawah.


Previous Post Next Post