Premier Sarawak Gelaran Baru Untuk Ketua Menteri Sarawak.

Premier Sarawak Gelaran Baru Untuk Ketua Menteri Sarawak. Tiada Lagi Gelaran Ketua Menteri, Diganti dengan gelaran Premier Sarawak. itulah pengumuman yang dibuat oleh setiausaha kerajaan negeri Datuk Amar Jaul Samion. Selain itu, pejabat ketua menteri juga berubah kepada Pejabat Premier Sarawak.

Kemudian bagi jawatan Timbalan Ketua menteri sarawak ditukar kepada Timbalan Premier. Untuk jawatan Menteri Muda pula ditukar kepada Timabalan Menteri. 


Tiada Lagi Gelaran Ketua Menteri, Diganti dengan gelaran Premier Sarawak


Sebelum ini, pada 15 Februari lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022.

Dalam rang undang- undang tersebut mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan 'Ketua Menteri' kepada 'Premier' dengan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan menyokongnya.

Begitu juga dengan pertukaran nama bagi jawatan menteri muda yang turut mendapat sokongan majoriti 2/3 ahli dewan.

Abang Jo turut berkata "Saya hanya ingin mengatakan bahawa ia bukan mengagungkan diri sendiri dan juga sesuatu yang boleh dibanggakan.


"Kerajaan negeri berpandangan bahawa gelaran ketua kerajaan (Sarawak) perlu berbeza daripada negeri-negeri lain dalam persekutuan.


"(Perubahan jawatan adalah untuk) menekankan bahawa Sarawak berbeza daripada negeri lain di Malaysia, bukan untuk saya tetapi untuk Sarawak," katanya  - Sumber Bernama.



Previous Post Next Post