"

Lelaki Ini Sanggup bawa Beg Berat, Demi Si Bulus di Mekah dan Madinah. Aku ada terbaca satu artikel yang dikeluarkan oleh mstar mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai Izamal yang sanggup membawa beg berat demi memberi kucing makan di Mekah dan Madinah.

Dalam temubual Mstar dengan Izamal tu, dia ada berkongsi mengenai pengalamannya memberi kucing makan.  

Lelaki Ini Sanggup bawa Beg Berat, Demi Si Bulus di Mekah dan Madinah.


Izamal membawa makanan kucing seberat 1.8 kg ke tanah suci untuk memberi makan kepada kucing-kucing di sekitar mekah dan madinah.

"Keluarga saya dan keluarga mentua, kedua-duanya memang keluarga pencinta kucing. Kami selalu bagi makan kepada kucing-kucing di kedai, mahupun kucing jalanan.


"Alang-alang nak pergi umrah bersama isteri dan ibu, saya pun bawa makanan kucing dari Malaysia. Sebelum ini, ada kenalan pernah buat juga. Saya bawa satu beg saja, memang dari awal dah niat nak sedekah untuk kucing-kucing di sana.

"Sepanjang berada di tanah suci, saya temui banyak kucing-kucing jalanan. Ada kucing yang cukup sifat, ada juga kucing buta dan sebagainya. Ketika bagi makan, ada juga orang yang pandang pelik, tapi saya tak kisah sebab memang suka kucing," ujarnya berseloroh.


"Isteri saya yang kongsi video ke TikTok. Tiba-tiba ia dapat perhatian ramai. Alhamdulillah, mungkin rezeki kucing. Kami pun tiada niat nak riyak, cuma nak tunjukkan kebaikan yang kita boleh lakukan.


"InsyaAllah murah rezeki kalau kita beri makan pada haiwan. Haiwan ini seperti pokok, mereka sentiasa berzikir. Mungkin dalam secebis rezeki yang kita kongsi, ia akan doakan kita juga," ujar Izamal yang mengusahakan bisnes tudung bersama isterinya.




--

Orang kata kalau beri makan kucing ni, rezeki kita akan bertambah murah. yang mana ada pengalaman saja yang tahu kan.

Semoga Izamal dan Keluarga sentiasa dimurahkan rezeki mereka.


Previous Post Next Post