Gadis Cantik Jual Pau Viral di Tiktok

Gadis Cantik Jual Pau Viral di Tiktok. Baru-baru ini viral di tiktok mengenai seorang gadis cantik yang menjual Kuih Pauh di Petronas jalan kuching, Kuala Lumpur yang menjadi sebutan ramai. 

Rupanya gadis berkenaan adalah Bienda iaitu anak kepada penyanyi Shida. Bienda atau nama sebenar Nor Razlinda Razli, 37 berkata dia ingin mencuba benda baru selain jadi artis ni. 

Beinda juga melaksanakan perniagaan Pau itu bersama dengan suaminya. 


Gadis Cantik Jual Pau Viral di Tiktok


Dalam temubual bersama dengan Mstar, Beinda berkata. 

“Betul, memang ramai yang menghubungi bertanyakan adakah sekarang saya hidup susah kerana berniaga pau di tepi jalan?

“Hidup saya masih seperti biasa lagi. Hanya mahu mencuba satu pengalaman baharu dalam berniaga.

“Sebenarnya ini adalah perniagaan milik suami dan saya seronok menolong.

“Bukan hanya untuk diri sendiri malah saya juga dapat membantu peniaga kecil lain apabila mempromosikan perniagaan mereka,” katanya 


“Disebabkan pandemik, tak banyak acara jualan yang berlangsung. Jadi perniagaan tudung saya hanya dilakukan secara atas talian sahaja.


“Saya juga mengharap dengan perniagaan pau ini dapat memberi galakan mereka yang kehilangan kerja untuk cuba berniaga kerana memang boleh buat duit,” jelasnya.



@jimtoncet Support kak Cik ni & link below https://m.facebook.com/papapauJK/ owner nama Bienda Lavienda. #pau #fyp #jalankuching ♬ original sound - Nazim (Jim) Hilmi


“Tak sangka pula jualan pau ini sudah menjadi bualan ramai. Sebagai seorang selebriti ini adalah kelebihan yang boleh saya gunakan untuk tujuan promosi.


“Selain itu saya galakkan juga peminat yang berada di luar Kuala Lumpur untuk mencari rangkaian jenama pau ini di kawasan berhampiran mereka.


“Melihat susah-payah peniaga kecil lain mempromosikan produk mereka seperti ini memberi satu pengalaman baru buat saya,” ujarnya.


Previous Post Next Post