Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti

Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti sambungan telefilem Pok Ya. Aku tahu ramai yang ternanti-nantikan sambung cerita ni. Sebab dalam edisi sebelum ni pun macam tergantung sikit jalan cerita dia. Jadi Abang Sabri Yunus berkata kali ini berlainan sedikit sebabnya dia tau buat telefilem tapi terus buat drama. Antara pelakon utama dalam drama ini adalah Wan Hanafi Su, Eman Manan, Farid Kamil dan Angeline tan. macam mana agaknya  jalan cerita Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti ni? jom sambung baca di bawah ini. 


Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti

gambar : Brader Filem (Facebook)

Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti

Kalau nak tahu pasal sinopsis pok ya cong codei memburu siti ini, kami masih belum dapat keseluruhannya mungkin sebab belum start promo kan. Nanti kami akan kemaskini kemudian.

Setakat ini, kami boleh kata yang Pok Ya kembali ke Kuala Lumpur semula walaupun dia sudah bersumpah tak mau buat macam tu kan.

Sebab utamanya adalah dia dapat tahu  Siti ada di Kuala Lumpur. Tapi dia pun dah cakap, kalau siti lari dari rumah dia tak akan cari, tapi kalau di larikan dia akan cari.

Jadi persoalannya sekarang ini, Siti lari dari rumah atau dilarikan. kalau nak tahu kesudahan cerita ini, korang kenalah tengok sampai habis drama yang dijangka akan ditayangkan pada 21 mac 2022 nanti.

👇👇

Untuk kaki drama!!

Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini!

Info Drama.

Drama ini ada 16 episod kesemuanya dan akan ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis pada jam 11 malam.

Seperti biasa, drama ini akan mengambil slot astro ria. Pengarah dan penulis skrip masih sama iaitu Sabri Yunus untuk produksi porcupine dan heritage movies.

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Saidi Sabri, Issey Fazlisham, Azizul Ammar danShazia Rozaini.

Bagi watak pula masih sama dengan telefilem sebelum ini iaitu Sabri Yunus sebagai Pok Ya dan Wan Hanafi Su sebagai Mamat Kertuk.

Selain itu, kita juga ada pelakon Eman Manan sebagai Muda dan  Issey Fazlisham sebagai Rosit.

Tak sabar nak tahu kesudahan cerita ni. Nak tahu juga apa jadi dekat Siti kan. tergantung macam tu jer cerita dia hari tu.

Korang jangan lupa tengok tau !


Previous Post Next Post