Telefilem Hantu Ustazah Supiah (Astro Citra 2020). Ini merupakan sebuah telefilem lama yang telah ditayangkan sebelum ini. Tetapi ia akan disiarkan semula pada hari jumaat 18 Febuari 2022 tau. Antara pelakon utama dalam drama ini adalah Farah Nabila dan juga pelakon Yusuf Bahrin. Kalau korang yang belum tengok lagi, jom baca sinopsis telefilem hantu ustazah supiah di bawah ini. 

Sabtu ini pula akan ada tayangan filem London Love Story di AStro Citra. Jangan lupa tengok yer!


Telefilem Hantu Ustazah Supiah (Astro Citra 2020)


Sinopsis Telefilem Hantu Ustazah Supiah (Astro Citra 2020)

Bagi korang yang nak tahu, telefilem ini mengisahkan tentang seorang ustazah yang bernama Ustazah Supiah.. Ustazah ini mengajar di sebuah sekolah dan dia sering dibuli oleh anak muridnya.

Satu hari, Ustazah mengamuk kerana sering menjadi mangsa buli anak muridnya yang nakal itu. Lalu Ustazah menghilangkan dirinya.

Selepas itu, dia muncul semula sebagai hantu dan mula menggangu pembulinya. Mula timbul spekulasi yang mengatakan ustazah hilang atau ustazah sudah mati?

Kalau nak tahu, kenalah tengok cerita ini sampai habis. 

Untuk kaki telefilem!!

Jom join group fb >> Kaki telefilem << untuk tengok drama terkini!

INFO Telefilem Hantu Ustazah Supiah

Telefilem ini telah ditayangkan pada 15 Februari 2020 dan akan diulangsiarkan pada 18 Februari 2022 di saluran Astro Citra tau.

Telefilem ini diarahkan oleh Hadith Omar dan penulis skripnya juga Hadith Omar dan Wan Natasya Aida untuk produksi U2 Media.

Antara pelakon yang terlibat adalah Farah Nabilah, Yusuf Bahrin, Gen Darwish, Iman Azzahra, Syed Irfan dan Alynn Techen

Jangan lupa untuk tonton telefilem menarik ini di Astro Citra tau! 

Previous Post Next Post