Telefilem Survival 486 (Astro Citra 2022)

Telefilem Survival 486 (Astro Citra 2022). Seperti biasa untuk hujung minggu ini, kita ada telefilem baru yang di lakonkan oleh Nora Danish tau. Tajuk dia seperti yang aku dah tulis dekat atas ni. Sebelum tu, aku suka flashback balik telefilem minggu lepas iaitu telefilem Nafsu Mental lakonan Syafiq Kyle dan Fatin Afeefa. cerita minggu ni macam mana pula ya agaknya? jom sambung baca sinopsis telefilem survival di bawah ini ya.  


Telefilem Survival 486 (Astro Citra 2022)


Sinopsis Telefilem Survival 486 

Survival 486 ini merupakan kisah yang menceritakan tentang seorang gadis yang bernama Syuhada. Dia ni seorang yang sangat lurus dan sangat mencintai alam sekitar. 

Syuhada bersetuju untuk mengikut rakan-rakannya hiking di Bukit Damai pada hujung minggu itu. Namun, apabila dia sampai ke tempat kejadian, didapai kawan-kawannya tidak muncul kan diri.

Akibat terlalu naif, dia berfikiran yang rakannya telah pun mulakan pendakian. jadi syuhada tanpa sebarang peneman atau rakan.

Malang terus menimpa Syuhada apabila dia terjatuh dalam lubang sedalam 15 kaki dan dia tersesat dalam hutan tersebut selama 19 hari sebelum di jumpai semula.

Apa yang berlaku pada Syuhada sepanjang tersesat di dalam hutan itu? kalau nak tahu, kenalah tengok sampai habis telefilem ini.

Untuk kaki telefilem!!

Jom join group fb >> Kaki telefilem << untuk tengok drama terkini!

Info Telefilem.

bagi yang tak tahu, telefilem survival 486 ini akan ditayangkan pada 22 januari 2022 ini pada jam 9 malam tau. Slot nya pula seperti biasa slot citra exclusive dan ditayangkan di astro citra.

Telefilem ini juga diarahkan oleh Faizal Nadxaman dan skripnya pula di tulis oleh Marr Mohamad tau. Produksi yang membuat cerita ini adalah zeel production.

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Nora Danish, Redza Rosli, Lydiawati dan Khairil Anwar Aman. Selain itu, kita juga ada pelakon seperti  Ezany Nizariff, Bazly Hanif dan Haifa Nadhirah.

Sebenarnya telefilem survival 486 ini mengisahkan lebih kepada bagaimana seorang perempuan terperangkap dalam hutan yang sudah terbiasa dengan kes orang hilang.

Memang seram habis tau cerita ni. Tambah pula dengan lakonan mantap nora danish pasti menjadikan jalan cerita telefilem ini lagi best dan menarik.

Jadi, jangan lupa untuk tonton telefilem menarik ini pada hari sabtu ini tau! Selamat menonton!



Previous Post Next Post