Ajai bagi 5 Markah, Iqbal Zulkefli Nak Tarik Diri?

Ajai bagi 5 Markah, Iqbal Zulkefli Nak Tarik Diri? Sejak semalam , ramai yang membuat spekulasi dan juga mengulas mengenai persembahan para peserta big stage 2022. Ada yang bagi komen yang baik dan ada juga yang tidak baik. Salah seorang yang menjadi tumpuan adalah Iqbal Zulkefli yang merupakan salah seorang daripada peserta kejutan dari pihak Big Stage. Ditambah kejutan itu apabila, Ajai memberi 5 markah sahaja kepada nyanyian penyanyi dan usahawan viral tersebut.

Ajai bagi 5 Markah, Iqbal Zulkefli Nak Tarik Diri?


Ajai bagi 5 Markah, Iqbal Zulkefli Nak Tarik Diri?

"Saya sebenarnya dijemput Astro dua bulan lepas, saya tolak berulang kali sampai satu masa saya tak boleh sombong. Pada masa sama saya sedar saya tak layak menyanyi di sini. tapi saya cuba yang terbaiklah.

"Saya kalau dapat 2 markah pun bersyukur, boleh terima. Tentang pemarkahan tu saya berserah pada juri profesional, bila 5 markah tu apa yang buruk sangat? Kenapa sampai begitu? Bukan bermaksud saya tak boleh terima, saya okey je. Jadi, saya rasa tak layak jer berada di sini.

"Untuk minggu hadapan saya kena bincang dengan Astro, saya kena tarik diri untuk sertai lagi," katanya.

Tegas Iqbal lagi, keputusan drastiknya itu demi mengelakkan tindakannya mencemarkan industri seni negara.

"Saya serius, terutamanya kalau buat lagu. Bukan tak serius dalam nyanyian tapi saya sedar kemampuan setakat mana, saya tak nak rosakkan industri. Kalau ada peluang jangan pandang rendah pada saya juga," ujarnya.

Ditanya tentang reaksinya melihat bekas majikannya sebagai Presiden Netizen, jawab Iqbal sedikit sebanyak hal itu mengganggu konsentrasinya ketika membuat persembahan.

"Sedikit sebanyak ada juga mengganggu kerana saya tak tahu beliau ada di sini. Saya tak dimaklumkan. Ada banyak kejutan. Tak ada latihan. Semua surprise apa lagi saya di atas pentas. Harap netizen semua tak judge saya, bukan saya beriya-iya. Saya dah lakukan yang terbaik," ujarnya.


Previous Post Next Post