Tok Ram Ulas Penyingkiran Dua Bintang GV8

Tok Ram Ulas Penyingkiran Dua Bintang GV8. Juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Ramli MS mengatakan kedua-dua bintang yang tersingkir pada konsert separuh akhir malam tadi dipersetujui sebulat suara oleh barisan juri.Jelas Ramli atau lebih popular dengan panggilan Tok Ram, Shidee dan Ani Maiyuni tidak melaksanakan tugasan (lagu) yang diberi dengan sebaik mungkin.


Tok Ram Ulas Penyingkiran Dua Bintang GV8




Tok Ram Ulas Penyingkiran Dua Bintang GV8

"Sepertimana semua lihat, markah kedua-dua mereka (Shidee & Ani Maiyuni) merupakan paling rendah. Shidee memang sudah dijangka, manakala nyanyian Ani kedua-dua lagu tidak begitu bagus. Lagu slow dan fast macam berlenggang.

"Juri sebulat suara dan kalau tengok pengiraan markah pun agak sepadan dengan persembahan mereka. Execution persembahan mereka juga tidak begitu bagus," ulas Ramli.

Shidee yang menyanyikan lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain) dan Kerna Dia (Yassin Sulaiman) gagal menempatkan diri ke pentas final minggu hadapan apabila memperoleh markah terendah 58.3%.

Manakala, Ani Maiyuni pula hanya memperoleh markah sebanyak 61%, menjadi peserta yang turut mengikut jejak langkah Shidee tersingkir pada minggu separuh akhir.

Persembahan bertenaga Ani menerusi lagu Let Get Loud (Jennifer Lopez) dan Sumpah (Aina Abdul) malangnya gagal menambat hati juri untuk melangkah ke pentas akhir.

sumber : astro gempak.


أحدث أقدم