Telefilem Cekelat Tak Semanis Honey (Astro Citra). Sebuah telefilem lama yang bakal ditayangkan semula ini pasti akan menarik minat penonton. Kalau tak silap, telefilem ini kali pertama ditayangkan adalah pada tahun 2018 tau. Memang dah lama tapi sebab apa nak tayang balik? jawapannya adalah kerana PKP, Banyak syarikat tidak dapat buat drama baru dan telefilem baru, jadi terpaksalah di ulang semula. Sebenarnya telefilem ini juga merupakan sambungan dari telefilem cekelat semanis Honey yang turut dilakonkan oleh pelakon yang sama. Antara pelakon utama dalam telefilem ini adalah Siti Nordiana dan juga Fikry Ibrahim. Berikut merupakan info berkaitan dengan Telefilem Cekelat Tak Semanis Honey yang akan ditayangkan di Astro citra nanti. 

Telefilem Cekelat Tak Semanis Honey (Astro Citra)


Telefilem Cekelat Tak Semanis Honey (Astro Citra)

Untuk lebih tepat lagi, telefilem cekelat tak semanis honey ini ditayangkan kali pertama pada  Sabtu, 17 Mac 2018,  pada jam 9:00 malam juga di astro Citra. Telefilem ini mengisahkan tentang Adam dan Maya kini telah berkahwin dan hidup bahagia. Namun begitu sesuatu berlaku pada Adam. Video dia berkaraoke dengan seorang pelakon wanita mula viral dan ia sedidkit sebanyak mengganggu hubungan Adam dan Maya. 

Selepas itu, kehidupan Maya juga berubah apabila.dia pula menjadi popular selepas video Smule karaoke-nya menjadi perhatian netizen. Dapatkah pergolakan keluarga kecil ini diselamatkan oleh Maya dan Adam? kalau nak tahu, sama-sama kita saksikan.

INFO DRAMA

Bagi yang tak tahu, telefilem ini di arahkan oleh Azmir Affandi dan diterbitkan oleh Wan Rafiq. Penulis skripnya pula adalah Azni Ishak.

Antara pelakon lain yang terlibat adalah  Zulin Aziz, Khaleila Hisham, Lan Solo, Sabri Yunus, Amanda Hariz dan Adeline Tsen.

Dalam Telefilem Cekelat Tak Semanis Honey ini juga Siti Nordiana memegang watak sebagai Maya dan Fikry sebagai Adam. Selamat menonton.


Previous Post Next Post