Telefilem Sumpahan Orang Putih (Astro Citra 2021)

Jangan lupa untuk tonton telefilem 'Sumpahan Orang Putih' di Astro Citra. Antara pelakon telefilem sumpahan orang putih yang terlibat adalah Sara Ali, Qody Rani dan Dayang Areeda. Telefilem ini akan ditayangkan pada 19 Jun 2021, Sabtu jam 9 malam di Astro Citra.

Telefilem sumpahan orang putih ini mengisahkan tentang pengalaman seram seorang gadis di sebuah rumah lama yang di miliki oleh seorang orang putih. Ramai yang terperangkap di dalam bangunan tersebut kerana ia dikatakan berhantu.

Telefilem Sumpahan Orang Putih (Astro Citra 2021)


Minggu lepas, Astro telah menayangkan telefilem mr drift. Bagi korang yang minat kereta, kenalah tengok cerita tu!

Info Telefilem Sumpahan Orang Putih (Astro Citra 2021)

Telefilem ini mengisahkan tentang Kaseh yang merupakan seorang gadis yang terperangkap dalam sebuah chalet milik Richard Benson. Selain Kaseh, ramai lagi yang terperangkap dalam chalet itu kerana terkena sumpahan dari Mr Benson sendiri. 

Antara mereka yang terperangkap termasuklah pekerja-pekerja Mr Benson. Mereka telah berusaha untuk keluar tapi mereka gagal.

Jadi sekarang ini, Kaseh dan penghuni lain kena cari jalan untuk memastikan sumpahan tersebut hilang dan memboleh kan mereka keluar dari tempat itu.

Mampukah mereka lakukan perkara tersebut?

Senarai Pelakon.

Antara pelakon sumpahan orang putih ini terdiri daripada Sara Ali, Qody Rani, Dayang Areeda, Muhammad Danish Daniel (Coki), Tuan Asmawi, Hamdan Senario, Arie Zaharie, Farisha Irwayu dan Juliana Evans


Previous Post Next Post