Telefilem Tanah Kubur Peneman (Astro Citra 2021)

Telefilem Tanah Kubur Peneman (Astro Citra 2021). Ada telefilem baru! Jangan lupa untuk tonton telefilem 'Tanah Kubur Peneman' pada hari sabtu ini. Antara pelakon utama cerita ini adalah Fendy Bakry dan Nasir Bilal Khan. Mesti meletop punya cerita ni kan. Tarikh tayangannya adalah pada 29 Mei 2021 ini. 

Cerita tanah kubur peneman ini merupakan sinambungan dari cerita tanah kubur. Jadi, korang boleh tengok tok adi menyelesaikan kesesatan dalam kalangan masyarakat kampung dia dalam kisah ini.


Telefilem Tanah Kubur Peneman (Astro Citra 2021)


Telefilem Tanah Kubur Peneman (Astro Citra 2021)

Minggu lepas, kita dah tengok telefilem Dolla yang mengisahkan perjalanan hidup kumpulan nyanyian tersebut sebelum jadi artis sehinggalah jadi artis. 

Jadi minggu ni, kita kena tengok cerita lain pula ya. Baru ada kelainan kan.

Telefilem Tanah Kubur peneman ini pula mengisahkan tentang Jebat. Dia ni telah menggunakan saka kepunyaan dia untuk membuat ajaran baru dan pada masa yang sama dia menipu kepada pengikut dia. 

Kejahatan Jebat ni mula di hidu oleh Tok Adi melalui perlakuan pengikut Jebat yang lain macam sikit.

Jadi Tok Adi buat keputusan untuk mencegah kemaksiatan tersebut dari terus berlegar dalam penduduk kampung tersebut.

Senarai Pelakon Telefilem Tanah Kubur Peneman (Astro Citra 2021)

Antara pelakon yang terlibat adalah Fendy Bakry, Nasir Bilal Khan, Syafi Tee dan Along Cham. Tak sabar pula nak tahu kesudahan cerita ni macam mana kan.

Jangan lupa tengok! Selamat menonton.



Related Posts

Previous Post Next Post