Pengalaman 8 Ekor Kucing Peliharaan Mati Kerana Virus Parvo

Pengalaman 8 Ekor Kucing Peliharaan Mati Kerana Virus Parvo. Bermula 1 Ramadhan tahun 2021 baru ni, aku melalui detik sukar apabila terpaksa menguruskan kucing-kucing aku yang tiba-tiba sakit. Ia bermula dari seekor kucing nama dia ' kecik'. Dia mula dapat virus ni dan kemudian mati. Kemudian di ikuti dengan Qodi pulak.

Tak sanggup aku nak tengok diorang mati tanpa buat apa-apa kan. Jadi aku ambil keputusan untuk bawa baki kucing yang ada ke klinik haiwan. Itu ja cara terbaik dari dok fikir macam-macam.

Simptom kucing Parvo

Aku bawa 3 ekor kucing yang dah mula ada simptom sakit macam demam, keluar lendir dari mulut dan kelihatan lemah. Jadi di klinik, Doktor buat test untuk 3 jenis virus dan salah satunya adalah Parvo. Sebelum buat, doktor kata harapnya ini bukan parvo lah.

Pengalaman 8 Ekor Kucing Peliharaan Mati Kerana Virus Parvo
gambar dari google


Lepas berapa minit, keputusan menunjukkan yang kucing aku ada virus Parvo. Aku masa dengar tu tak tau nak react macam mana. tapi dalam otak aku masih positif dan aku masih berharap baki kucing aku ni masih boleh survive.

Doktor bagi ubat ati viral, Immune booster untuk membantu menguatkan kucing-kucing aku ni. 

Namun, sayang baki 3 kucing aku yang sakit tu mati juga. Aku pun tak tahu nak buat macam mana dah sebab virus parvo ni memang sangat bahaya terutama pada anak kucing yang bawah 1 tahun. 

Diorang senang kena virus parvo dan cepat mati.

Jadi 5 ekor kucing aku mati sebab parvo. Lepas berapa hari anak kucing yang aku jaga dalam rumah dalam 3 ekor mati jugak. 

Aku syak virus yang sama. Memang cepat diorang kena. Pagi nampak semengat diorang main tapi bila dah petang tu nampak dah layu dan sakit.

Kita dah usaha untuk bawa ke klinik namun, Allah lebih sayangkan depa. Nak buat macam mana. Aku harap sangat kucing aku yang lain semuanya sihat belaka.

Korang yang ada kucing tu, hati-hati tau ! Terutamanya yang masih kecil tu. senang sangat kena virus.

BYE ! 

Related Posts

أحدث أقدم