Netizen Serang Instagram Hannah Delisha kerana Amani!

Netizen Serang Instagram Hannah Delisha kerana Amani! Sebuah drama yang semakin viral iaitu Drama Cinta Sekali Lagi menjadi perbualan ramai. Kisah seorang adik yang tidak boleh kurang dari kakaknya sehingga si adik tersebut sanggup menggunakan ilmu hitam untuk menghancurkan hidup kakaknya mendapat sambutan ramai. Ditambah pula lakonan pelakon dalam drama tersebut menyebabkan jalan cerita itu menjadi lebih menarik.


Netizen Serang Instagram Hannah Delisha kerana Amani!



Hannah Delisha membawa watak Amani yang merupakan adik kepada Amanda dalam drama ini. Watak Amani adalah watak jahat dan pembawaan watak tersebut betul-betul menjadi sehinggakan penonton juga turut geram dengan watak-watak tersebut.

Netizen pula tidak perlu tunggu lama, mereka terus serang instagram Hannah delisha kerana geram mereka terhadap watak amani. Antara komen yang diluahkan adalah : 

" Pandai gila berlakon... Pandai gila3.... Jarang suka pelakon n puji pelakon melayu.. Ni 5❤️ i bg " -ielamya.

kata yeinalias pula " x baik buat nasi kankang... 😥😥😥" .

lakonan u sebagai amani memang terbaik - kata nurul_han77

Korang boleh baca komen-komen tu dekat gambar bawah ni ya.


Memang sangat banyak. sehinggakan lebih seribu komen pada setiap gambar Hannah delisha tu. Fuhh memang kuat sungguh penangan Amani tu ya.

Untuk pengetahuan anda, hari ini (14 Disember 2020) merupakan hari terakhir tayangan drama Cinta sekali lagi. Jadi jangan lupa tengok tau!

Related Posts

Previous Post Next Post