Telefilem Please Subscribe Cintaku (2020). Jangan lupa untuk saksikan telefilem 'Please Subscribe Cintaku' lakonan Jasmine Suraya,Sufian Suhaimi dan ramai lagi. Telefilem ini akan ditayangkan pada 21 November 2020 jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD.


Waktu Tayangan : Sabtu, 21 November 2020, 9:00 malam 
Saluran Tayangan : Astro Citra
Senarai Pelakon : Jasmine Suraya, Sufian Suhaimi, Alvin Wong, Fazreen Fazeera, Erry Putra, Fiza Thomas, Sherry Aljeffri. 


Telefilem Please Subscribe Cintaku (2020)


Minggu lepas kita dah tengok telefilem seram iaitu telefilem line puaka. Jadi minggu ni, Astro kasi kita layan cerita romantik komedi pulak yerr.

Telefilem Please Subscribe Cintaku (2020)


" kita live streaming di kawasan berhantu! " Ujar Hannah dengan Nada Gembira.

Hannah seorang personaliti media social yang popular telah menjadi saksi kes pembunuhan apabila terakam satu peristiwa pembunuhan ketika melakukan ig live disebuah kawasan berhantu. Diburu oleh kumpulan penjenayah itu Hannah disembunyikan di kampung Fendi atas permintaan sepupunya sorang pegawai polis. 

Telefilem Please Subscribe Cintaku (2020)

" You kesah sangat ni dah kenapa? " Kata Hannah.

Percanggahan perwatakan mereka menimbulkan pelbagai masalah sehingga suatu hari lokasi Hannah disembunyikan telah dimuat naik secara tidak sengaja di social media Fendi dan mereka kini dijejaki.


Jangan lupa untuk saksikan telefilem ini di astro Citra tau!. Rugi tak tengok baby pian dengan Jasmine suraya berlakon.

Terima kasih.

Previous Post Next Post