Sinopsis Filem Marah Marah Sayang

Filem Marah Marah Sayang merupakan filem lama yang pernah viral ketika itu, Dibintangi oleh Ebby Saiful dan Norlida Ahmad serta Shah Rezza. Marah-Marah Sayang ini diarahkan oleh Johari Ibrahim dan skripnya ditulis Osman Abadi. Filem ini ditayangkan pada tahun 1987 dan ia merupakan filem warna dikeluarkan di dalam negara kita.


Filem Marah Marah Sayang


Sinopsis Marah Marah Sayang


Filem ini mengisahkan tentang Rostam, Roslan dan Rosdin dibuang kerja kerana terlalu leka dengan muzik. Mereka masing-masing jatuh cinta dengan Salina, Sarina dan Satina, tetapi gadis-gadis itu menolak cinta mereka. 


Rostam, Roslan dan Rosdin tidak pernah putus asa walaupun Salina, Sarina dan Satina melakukan pelbagai cara untuk menolak cinta mereka. 


Akhirnya tiga pasangan itu berkahwin dengan syarat-syarat tertentu. Tetapi setelah berkahwin Rostam, Roslan dan Rosdin telah melanggar semua syarat berkenaan dan akibatnya rumahtangga mereka porak peranda.


Pelakon

Berikut merupakan senarai pelakon pelakon marah marah sayang. Antaranya adalah

  • Ebby Saiful sebagai Roslan

  • Norlida Ahmad sebagai Sarina

  • Shah Rezza sebagai Rosdin

  • Liza Abdullah sebagai Satina

  • Isma Aliff sebagai Rostam

  • Suhaina Yahya sebagai Salina

  • Norlia Ghani sebagai Tukang Masak Restoran 1

  • A.R. Ayappan sebagai Tukang Masak Restoran 2

  • Aida Salma sebagai Marina

  • Melanie Carl sebagai Riska

  • Kasmadiana sebagai Vika

  • Sahar Amin sebagai Kamal

  • S. Ismail sebagai Jamal

  • Halil Rahman sebagai Murad


Korang yang belum tonton, boleh lah tonton semula di saluran astro citra tau. ada ulangan yang akan diupload semula nanti. Selamat menonton.


Previous Post Next Post