Markah Final Big Stage 2020.

Markah Final Big Stage 2020.. Semalam telah berlangsungnya pentas akhir big stage 2020. Azzam Sham telah dinobatkan sebagai juara big stage musim ketiga. Manakala Usop di tempat kedua dan tempat ketiga pula jatuh kepada qody.


Markah Final Big Stage 2020.



Pasti ramai yang nak tahu berapa markah dalam final big stage 2020 ni kan. Jom baca fi bawah.


Markah Final Big Stage 2020.

1. Azzam Sham - 67.85% (Aku Bidadari Syurgamu & Grenade.

Faizal Tahir: Secara umum saya taknak cari kesalahan sebab ini final. Ini apa yang saya cari, nampak orang tu nak menang dan berjaya di luar sana. Honestly saya pernah nampak persembahan yang lebih baik dari ini, awak shaking pada permulaan. Tapi awak akan survive dalam industri. You’ll be okay. 


Markah Final Big Stage 2020.


Misha Omar: You’re such a great singer. Lagu yang sedap oleh penyanyi nombor satu negara, awak buat lagu ni macam lagu sendiri. Kalau saya jadi pembuka panggung pun, of course takut sikit tapi awak good enough. Tak sabar pusingan seterusnya. 


Dayang: Saya happy Azzam ke final. Malam ni saya tengok keseluruhan dan saya suka pesembahan tadi. Awak memang ada tempat dalam industri dan saya tahu perjalanan awak jauh lagi. All the best untuk Azzam. Kalau betul-betul nak, Azzam kena kuat. 


Ajai: This is kind of fast song yang patut ada dalam album awak. Kena dengan tone dan karekter awak. 


2. Usop - 66.57% (Peluang Kedua & Arjuna)


Ajai: Satu word je, sedap merangkumi segalanya. 

Misha Omar: Pada saya, I do enjoy your energy tapi kita berbalik pada maksud best. Arjuna maksud apa? Ada tak gaya awak yang menggambarkan lirik arjuna tu? Macam tak cukup umph! Next time pastikan maksud yang diungkap bertepatan. Okay Usop, I love you.



Markah Final Big Stage 2020.


3. Qody Rany - 61.85% (Bukan Dia Tapi Aku & Aladdin)


Misha Omar: Awak nampak sangat tension, what happened? Balada ni saya punya favourite . Untuk lagu balada seperti ini yang mementingkan feel, adakalanya lebih baik kita berikan penceritaan. Next time lagu balada, rasa harus beri keutamaan sebelum fikir pasal high note. Tadi bila nota tinggi, awak tak tahu nak pergi mana. Next time hati-hati sebab lagu ni lagu anthem untuk orang putus cinta. 

Faizal Tahir: Awak bermula dari awal, awak patut rasa bersyukur dapat ke final. Persembahan awak tadi saya cari orang yang nak menang. Saya rasa apa yang awak nyanyi tadi, rasa. Aku rasa, sebab tu aku bagi markah macam tu bro.

Elly Mazlein: Kak Lina pun rasa dik, cenggini! 

Ajai: Lapan minggu kita bersama, apa yang saya dengar untuk final ni, inilah lagu fast yang bernyawa dari awak. Ada link tone, penghayatan, karakter, feeling dan konsep. Jadi ini hala tuju kamu, congrats. 


4. Dinie Rashid - 60.04% (My Baby You & Kau Bunga Cintaku)


Dayang Nurfaizah: Saya suka tengok Dinie perform hari ini. Congrats sampai ke final. Apa yang saya suka, bila awak enjoy, menari dan agak risau masa turun tangga. Persembahab okay sebab awak berani, Dinie ada tempat dalam industri tapi kena sentiasa push diri. Let lose sikit dan lepas  je untuk persembahan seterusnya. 

Elly Mazlein: Dinie, all the best. 

Faizal Tahir: Saya suka persembahan awak bila awak tak stress. At this stage saya doakan awak berjaya. 

Ajai: Tone value tu yang buat awak extra. At the end of the day, orang nak dengar tone yang sedap, soothing. All the best to you. 



5. Fadh Majid - 58.80% (Bila Rasaku Ini Rasamu & Pantun Budi)


Ajai: Saya rasa ini minggu terakhir, awak dah tahu apa hala tuju masing-masing. Setiap minggu awak kena cari semula berapa point dan itu penentuan hala tuju kamu. Apa yang saya bangga, awak bagus menari irama malaysia. 

Misha Omar: Awak ada tone yang sangat sedap. Kebolehan awak dari irama Malaysia dan balada pertukaran itu dah cukup mengagumkan bila saya lihat. Apa yang Fadh buat tiada masalah. Tapi inilah bila nyanyi langsung atas stage, kita larut dalam emosi. Sehingga ada emosi yang awak lost. Ada notasi yang tak tepat. Bila ekspresi ni, dia kena lepas, hold, lepas, hold. 

Elly Mazlein: Suara Fadh betul-betul sampai di hati Kak Lina. 


Tahniah kepada semua peserta dan juara big stage 2020. kita jumpa di gegar vaganza pula ya!


Related Posts

Previous Post Next Post