Big Stage 2019: Ini Markah Keseluruhan Semi Final, 2 Peserta Tersingkir

Big Stage 2019: Ini Markah Keseluruhan Semi Final, 2 Peserta Tersingkir. Semalam telah berlangsung konsert separuh akhir big stage 2019. Memang meriah dengan persembahan para peserta minggu ini.

Dari 7 orang peserta, hanya 5 yang layak ke final. Siapakah mereka? Neeta, Han Byul, Dinda Permata, Irfan Haris dan juga Azrin merupakan peserta yang layak ke final. Manakal 2 peserta yang tersingkir adalah Kucaimars dan Fieya Julia.

Big Stage 2019: Ini Markah Keseluruhan Semi Final


Big Stage 2019: Ini Markah Keseluruhan Semi Final


Neeta Manisha - Potret 77.67%

"Awak salah seorang peserta yang konsisten dari minggu pertama hingga sekarang. Persembahan malam ini awak dah berjaya buktikannya. Saya suka dengan nyanyian dan susunan lagu awak pada malam ini. Bukan senang untuk nyanyikan lagu kumpulan berseorangan. Saya harap awak mampu ke peringkat seterusnya," - Datuk Seri Siti Nurhaliza

Han-Byul - Boy With Luv 74.33%

"Saya cemburu dengan awak. Awak boleh menyanyi dan menari dalam satu masa. Awak seorang bintang yang sudah bersedia memasuki industri nyanyian ini," - Judika


Dinda Permata - Secangkir Madu Merah 72.17%

"Malam ini berbeza dengan minggu lepas, tidak ada kesalahan yang awak lakukan. Kali ini awak sudah melakukan persembahan sangat baik," - Judika

Adzrin - Kisah Cinta Kita 69.33%

"Saya melihat satu persembahan yang 'simple' tetapi menusuk kalbu. Cuma saya ada lihat walaupun tidak ketara, di awal persembahan ada sikit sumbang serta nyanyian awak di penghujung tidak sempurna dilakukan. Menyanyi sambil duduk di kerusi boleh tetapi pernafasan pada nada tinggi akan terganggu," - Datuk Seri Siti Nurhaliza

Kucaimars - Keabadian Cinta 67.33% (Tersingkir)

"Tone suara awak padan dengan lagu ini. Tetapi pernafasan awak nampak makin kurang di penghujung nyanyian. Saya boleh kata persembahan awak okey sahaja," - Judika

Big Stage 2019: Ini Markah Keseluruhan Semi Final

Irfan Haris - Bukan Diriku 65.67% (Tersingkir)

"Dari segi penghayatan dan pemilihan lagu sangat bagus. Awak sudah melakukan yang terbaik berbanding persembahan yang pertama tadi. Nampak ketara peningkatan dan pembaharuan awak sepanjang persembahan. Awak nampak 'steady' meneruskan nyanyian walaupun ada sedikit masalah dengan piano," - Datuk Seri Siti Nurhaliza


Fieya Julia - Chandelier 60.17% (Tersingkir)

"Sebagai penyanyi dalam pertandingan, sangat penting untuk menjaga suara. Dari segi nyanyian, saya boleh kata awak berani memilih lagi ini kerana bukan mudah untuk dinyanyikan. Namun, di bahagian korus nampak jelas kekurangan awak di situ. Kesungguhan awak mencabar diri untuk lagu ini saya beri pujian," - Datuk Seri Siti Nurhaliza

Irfan Haris ft Amira Othman - Keliru


"Pada awal persembahan awak nampak menggigil. Lagu ini tidak menonjolkan persembahan awak, mungkin persembahan kedua akan menyerlah," - Tam Spider

Neeta Manisha ft Hael Husaini - Terlanjur Cinta

"Ini salah satu kegemaran saya duet bersama Datuk Seri Rossa. Sangat sedap nyanyian awak. Selama persembahan awak, malam ini paling terbaik. Duet dan harmoni awak sangat bagus," - Judika

Han-Byul ft Siti Sarah - Dirgahayu

"Awal persembahan sebutan agak kurang jelas. Namun saya bangga awak mampu menyanyikan lagu melayu dengan baik serta penuh penghayatan," - Tam Spider

Big Stage 2019: Ini Markah Keseluruhan Semi Final

Dinda Permata ft Idayu - I Will Always Love You

"Secara jujurnya saya lagi suka persembahan awak yang pertama. Persembahan kali ini nampak penyanyi undangan lagi hebat dari awak," - Tam Spider

Adzrin ft Amylea - Eye, Nose, Lips

"Nyanyian pertama awak lagi konsisten. Walau bagaimanapun, persembahan duet ini tidak teruk sangat. Awak hanya perlu beri tumpuan yang lebih," - Judika

Fieya Julia ft Liza Hanim - Cinta

"Sebagai penyanyi awak tidak boleh beritahu kepada umum awak sedang sakit. Persembahan awak kali ini lagi baik cuma kurang pergerakan di atas pentas," - Tam Spider

Kucaimars ft Sam Bunkface - Revolusi

"Persembahan ini lagi baik daripada yang pertama. Nampak bersahaja," - Tam Spider

Sumber: Astro Gempak.

Big Stage 2019 minggu ini menampilkan Tam Spider sebagai juri jemputan untuk minggu ini.

Semoga berjaya buat para peserta untuk konsert final nanti.
أحدث أقدم