Big Stage 2019: Kedudukan Peserta & Markah Keseluruhan Konsert Minggu Ke-4. Semalam telah ditayangkan persembahan minggu keempat konsert big stage 2019. Berkonsepkan duet dengan penyanyi pilihan, para peserta memberikan yang terbaik ketika membuat persembahan minggu ini. Siapakah yang tersingkir pada minggu ini?

Sepatutnya, peserta yang tersingkir adalah Fieya Julia. Dia mendapat markah terendah pada minggu ini. Namun, juri big stage telah sepakat untuk menyelamatkan Fieya dari tersingkir dengan menggunakan Immunity. Jadi minggu ini Fieya terselamat dan tiada penyingkiran.

Kedudukan Peserta & Markah Keseluruhan Konsert Minggu Ke-4


Berikut merupakan kedudukan peserta dan marakah keseluruhan mereka.

Kedudukan & Markah Keseluruhan Konsert Minggu Ke-4

Ini merupakan markah dari juri sebelum di campur dengan undian dari peminat.


  1. Adzrin & Marsha Milan - Jealous 81.00%
  2. Han-Byul & Sarah Suhairi - Just Give Me A Reason 79.67%
  3. Santesh & Baby Shima - Roadblock Hatiku 79.50%
  4. Kucaimars & Shiha Zikir - Janam Janam 79.50%
  5. Syada Amzah & Haqiem Rusli - Dengarkanlah 79.33%
  6. Dinda Permata & Ayie Floor 88 - Kamu Yang Ku Tunggu 78.67%
  7. Neeta Manisha & Azmi Saat - Tentang Dia 78.00%
  8. Fieya Julia & Sufian Suhaimi - Haram 72.33%
  9. Irfan Haris & Usop - Lagu Cinta Lagu Jiwa 70.33%
  10. Chaleeda Gilbert & Luqman Faiz - Rewrite The Stars 67.33%

( sumber : Astro Gempak )

Selamat digabungkan dengan undian peminat, peserta yang mendapat markah terendah adalah Fieya. Sebab itulah dia tersingkir pada awalnya sebelum diselamatkan oleh immunity dari Dato Seri Siti Nurhaliza.

10 peserta akan berentap di pentas minggu ke 5 minggu depan dan adakah akan ada penyingkiran pada konsert itu nanti? sama-sama kita nantikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post