Senarai Pelakon Drama Cetera Hati Diya (TV3)

Senarai Pelakon Drama Cetera Hati Diya (TV3). Hai korang, rupanya aku terlepas satu drama lah. hehe drama baru ini dibintangi oleh Fattah Amin dan juga Azar Azmi. Ramai tak yang tengok cerita ni? aku rasa ramai, sebab tu ramai yang dok tanya pasal cerita ni. hehe

Baik, Disebabkan aku macam lambat sikit kan. aku kongsikan juga untuk korang.

Tarikh Mula Tayangan : 17 Jun - 10 Julai 2019
Waktu Tayangan : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Saluran Tayangan : TV3

Tayangan Kedua bermula 11.6.2020.
Waktu Tayangan : Isnin - Jumaat, 7 pm
TV 3

Siapakah Pelakon drama cetera hati diya ni?

Senarai Pelakon Drama Cetera Hati Diya (TV3)

 Untuk kaki drama!!

Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini!

Pelakon Drama Cetera Hati Diya


- Zila Bakarin, Azrel Ismail, Faye Kusairi, Raja Hakim, Asha Zainul, Melanie Tan, Mak Wan Latah

Ramai pelakon yang best-best dalam cerita ni kan. Patutlah ramai yang suka tengok cerita ni. hehe


Lama tak nampak Faye Kusairi ni berlakon kan. ke aku jer yang tak perasan. Dulu banyak juga drama-drama dia ditayangkan dekat tv.

Senarai Pelakon Drama Cetera Hati Diya (TV3)

Fattah pun baru buat comeback. Lama juga tak nampak dia selepas kawin terus senyap dari tv kan. hehe mungkin tunggu giliran drama-drama lain untuk ditayangkan dulu kan.

Dari kekuatan pelakon drama cetera hati diya ini, pasti jalan cerita dia juga menarik. Jom kita baca sinopsis drama ni pula.

Sinopsis Drama Cetera Hati Diya


Cerita ini mengisahkan tentang Diya seorang gadis yang mempunyai kisah hidup yang gelap. Selepas peristiwa hitam melanda Diya apabila dia diperkosa oleh lelaki bernama Zakuan yang merupakan rakan sekerjanya, Diya nekad untuk menutup pintu hatinya  untuk mana-mana lelaki.

Diya sudah tidak percaya kepada insan bernama lelaki. Dia juga telah dibuang keluarga setelah mereka mengetahui apa yang berlaku.

Senarai Pelakon Drama Cetera Hati Diya (TV3)



Dalam mengelak untuk menjalin hubungan dengan sesiapa, Zahil Hariz hadir menguji prinsip diri Diya. Dia cuba memenangi hati Diya walaupun Diya menunjukkan sikap dingin.Akhirnya Zahil nekad untuk menemui keluarga Diya dan menyunting Diya untuk dijadikan isteri.

Zahil merupakan abang tiri kepada Zakuan. Jadi dia ingin bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku. Diya terpaksa menerima pinangan Zahil itu.




Akhirnya mereka berkahwin. Selepas berkahwin Diya masih dingin dengan Zahil. Ada sahaja benda yang tidak kena ada suaminya itu.

Lebih menyedihkan apabila Zahil disahkan mengalami penyaki leukimia ketika Diya sedang mengandung. Agak-agak, apa yang akan jadi pada mereka berdua ya?

Keluarga diorang boleh terima Diya atau tidak? kalau nak tahu, korang kena tengok sampai habislah episod yang ditayangkan ni. hehe

Apa-apa pun jangan lupa kongsikan entri pelakon drama cetera hati diya ini di facebook milik korang ya.


Terima Kasih dan Selamat menonton.

أحدث أقدم