Senarai Pelakon Drama Encik Imam Ekspress

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Encik Imam Ekspress.

Drama yang baru ditayangkan di Astro Ria ini bertajuk Drama Encik Imam Ekspress yang dibarisi pelakon seperti Fikry Ibrahim dan Nelydia Senrose. Ada yang dah tengok drama ni?

Kalau belum, korang boleh tonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Waktu tayangan adalah pada pukul 10 pm. Cerita ni ada 14 episod jer tau. Rugi kalau lambat layan. hehe

Tarikh Mula Tayangan : 11 Mac 2019
Waktu Tayangan : Isnin-Khamis, 10:00 malam


Nelydia senrose dan fikry ibrahim sebagai Pelakon Drama Encik Imam Ekspress


Senarai pelakon lain yang terlibat adalah Isaac Iman, Ben Amir, Nafiz Muaz, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Faiz Nor, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Raja Azmi, Daler Yusuf, Adrianna Qasmia


SINOPSIS ENCIK IMAM EKSPRESS


Drama ini mengisahkan tentang Diya, seorang wanita yang terpaksa menerima kenyataan yang mana pertunangannya dengan lelaki yang disukai telah dibatalkan oleh lelaki tersebut.

Diya bertunang dengan Iyad namun hubungan mereka tidak kekal lama apabila Iyad membatalkan pertunangan mereka. Diya kemudian membawa diri ke luar negara.

Senarai Pelakon Drama Encik Imam Ekspress

Selepas beberapa ketika, dia pulang semula ke Malaysia dan menetap di rumah  Atun yang merupakan rakannya merangkap adik Iyad dan Ajim.

Diya kemudian pulang ke kampung Atun dan bertemu semula dengan keluarga angkatnya. Ajim yang mengetahui Diya telah pulang turut sama pulang ke kampungnya. Ajim pula mempunyai seorang anak yang selalu tinggal di kampung itu.

Awish namanya. Dia lebih rapat dengan Diya dan sejak itu Ajim cuba mendekati Diya. Adakah Diya akan menerima Ajim atau Iyad selepas apa yang telah berlaku ?

Kalau nak tahu, korang kena tengoklah drama encik imam ekspress. Seronok tau cerita ni, ramai yang dah terjebak sebab pelakon-pelakon drama ni memang best. Kalau tak percaya, korang tengoklah sendiri.



أحدث أقدم