Buat apa pun mesti ada orang tak suka

Assalamualaikum, hari ni aku mula menulis balik selepas beberapa hari aku tak menulis. ehh yeka ? tapi semalam macam ada jer entri kan. hahaha entri pasal elyana kan. tapi tak pa ni adalah entri yang agak proper dari entri artis-artis tu . hehe

" Buat apa pun mesti ada orang tak suka "

itulah yang aku boleh katakan untuk gambar macam mana dunia hari ini.

dunia hari ini meliputi teknologi yang hebat tetapi kurang dari segi nilai kemanusiaan.

Buat apa pun mesti ada orang tak suka

**fattah amin pun kena kecam sebab dia kawin tak bagitau. ehh suka hati dia lahh.


mana tak nya asal ada benda yang kita buat.
ada sahaja yang nak komen.

komen tak apa.
beri pendapat pun tak apa.

kecam tu yang tak boleh.
kesian dekat orang tu.

kadang-kadang aku respect dengan orang terkenal di media sosial ni.

kena kecam tapi dia masih cool jer.
buat tak tau langsung.

hebatkan orang cam ni.
kalau aku lah, mesti aku mengamuk.

MESTI !

sebab apa?
yelah kau tak ada kena mengena dengan aku, tiba-tiba nak kecam aku bagai.
hahaha

tapi orang-orang terkenal di media sosial ni masih cool dan rileks jer.

aku pelik !
dengan orang media sosial.

aku dah ulang banyak kali tapi mungkin sebab diorang tak baca , jadi aku tulis lagi.

come on laah, tak yah cari salah orang semata-mata nak kecam orang tu.
mentang-mentang kau tak suka dekat dia, bukan bermakna kau boleh kecam dan burukkan dia.

kau nak bagi pendapat, ada ayat untuk pendapat.
dan yang pasti ayat dia lebih lembut dari ayat kecaman.

pilihlah jalan yang terbaik dalam menegur.
jaga sikit akhlak tu.

bila kena dekat batang hidung sendiri, baru kau tau nanti.

kadang-kadang bukan kita upload pun benda yang kita buat,
tapi orang lain yang upload.

kita juga yang kena kecam.
adoii laahhh

sedih dengan perangai orang kita.
agak-agaknya, masa depan nanti macam mana lah kan.

kita doakan agar, nilai melayu dan islam masih kekal dalam malaysia dan rakyatnya.
sungguh akhlak kita dah teruk sangat.

aku minta maaf,
kalau aku pun terbuat benda yang aku tegur ni.

kita sama-sama ubah kearah kebaikkan ya.
sekian.

Previous Post Next Post