Pengalaman Melawat Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating. Hari ketiga aku bercuti di cherating, kami singgah di Santuari penyu Cherating. Di sebabkan hari kedua kami di cherating, tempat ni tutup jadinya kami pun buat keputusan untuk cuba nasib ke sini. Apa yang menarik dekat pusat penerangan penyu ni ? korang tahu, ada macam-macam tau tak dekat sini. Tak sabar nak tengok penyu niiiii !! hehe
Ada dua aktiviti berkaitan penyu yang korang boleh buat satu ' turtle watching ' dan yang kedua adalah melawat santuari penyu ni.
Turtle watching ni korang turun sendiri ke pantai dengan guide orang tempatan untuk tengok sarang penyu sendiri. selalunya diorang buat waktu malam.
Yang kedua, adalah pusat penerangan penyu cherating. korang sambung baca di bawah ya.
Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating
Ramai yang tak tahu pasal pusat penerangan penyu ni ada dekat cherating. Aku pun mula-mula tak tahu juga, di sebabkan rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari pernah review dan datang tempat ini jadi aku pun jadi tertarik untuk sampai ke sini.
.. dah nama pusat santuari penyu kan,
jadi korang akan dapat informasi dan fakta berkaitan penyu dan habitat diorang.
kiranya korang boleh belajar mengenai penyu disini.
untung tau bawa anak tengok penyu.
mesti diorang suka gila.
ada galeri penyu jer ke?
Kalau korang nak tengok penyu sebenar ada di sini. jadi korang dapat bayangkanlah dapat tengok penyu besar-besar tu dekat pusat penerangan dan santuari ni kira memang teruja habis kalau korang dapat sampai ke tempat ini.
aku yang dah tua ni pun eksited macam budak-budak. ni kan korang.. ehhhh
baca juga : Bercuti di Cherating .
Jom aku kongsikan gambar di sekitar pusat ini .
Comel kan anak penyu ni. hehe macam aku, kecil jer saiz dia. hahaha
masa mai sini, penyu ni paling aktif. tak tau sebab apa . hehe
Harga Tiket Pusat Penerangan Dan Santuari Penyu Cherating
- Percuma !Untuk masuk ke tempat ni kan,
korang tak perlu bayar kerana ia adalah percuma
dan
kalau korang ada sumbangan ikhlas untuk pembangunan pusat penerangan penyu ini, korang masukkan sahaja dalam tabung yang di sediakan.
Bila masuk kawasan ini , aku paling suka tengok anak penyu tu. hehe dah lah ramai. eh ramai ke banyak ? haha
lepas tu comel jer berenang dalam tu . hehe tapi pusat ini mengasingkan anak-anak penyu dengan penyu dewasa yang lain. Tak tahu pula sebab apa.
Bagi korang yang ada anak kecil, aku sarankan korang bawa anak-anak korang untuk datang ke sini dan berkenalan dengan penyu yang ada ni.
berbaloi kalau datang ke sini. serius tak rugi. penantian kami sebelum ini sebab tempat ni tutup, memang berbaloi bila dapat masuk dalam tempat ni.
Alamat Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating
KM 45, Jalan Kuantan - Kemaman, 26080 Kuantan, Malaysia
+60 9-581 9087
Belakang pusat ini ada pantai yang lawa. sebaris dengan pantai dekat hotel aku kalau tak silap. memang lawa pantai tu. aku pun lepak dekat pantai bila petang.
Tempat ni Kecil ?
aku ada cakap pasal ruang tempat santuari penyu ini agak kecil, macam spoil pula untuk korang yang tak pernah sampai ke sini. hehe sebenarnya, ruang yang kecil tu sesuai dengan apa yang ada di sini. janganlah korang fikir pusat penerangan penyu ni macam besar kelas jer. bukan macam tu tau. ruang dia cukup sesuai untuk kita yang nak tahu pasal penyu di sini.
Mungkin pada masa depan, kerajaan boleh besarkan sikit lagi kawasan ini dan mampu menambah keunikan tempat ini terutama untuk pelancong yang ke cherating ni kan .
dalam ruang kecil ini pun ada 3 biji kolam untuk penyu tau, 2 untuk penyu satu untuk kura-kura. haa besar juga kan. memang puas hati dapat lepak dan tengok penyu di pusat penerangan dan santuari penyu cherating ni. korang datanglah tau.
Post a Comment