Bercuti Di Cherating, Pahang

Share:
Bercuti Di Cherating, Pahang. Assalamualaikum, baru-baru ini masa cuti hari raya aidiladha, aku dengan keluarga aku singgah atau bercuti di cherating, Pahang. satu pengalaman beraya di tempat orang yang menarik untuk di ceritakan. Mesti ramai yang nak tahu apa yang best dekat cherating ni kan. hehe aku pun mulanya tak tau sangat, jadi aku google jer. antaranya Pusat Penerangan dan santuari penyu cherating. tapi aku singgah tempat ni pada hari kedua tau.

untuk hari pertama, kami tak pergi mana-mana sangat pun. sebabnya kami melalui perjalanan yang agak panjang dari pulau pinang ke pahang. salah satu kesalahan kami adalah, kami pilih nak pergi sana pada sehari sebelum raya, jadi faham-faham jer lah jem dia macam mana kan. hahaha


Bercuti Di Cherating, Pahang
Bercuti Di Cherating, Pahang


Bercuti Di Cherating, Pahang


kami bertolak dalam pukul 9.30 dari pulau pinang dan sampai di pahang dalam pukul 6 petang. hahaha memang sakit bontot abis sambil menghadap jem. Selepas selesai solat maghrib dan jama' sekali dengan isya, kami pun keluarlah jalan-jalan sekejap pada malam raya.

Sunyi !

itulah yang aku mampu katakan mengenai pengalaman malam raya di cherating ini. tak nampak meriah sangat malam raya dekat sini. mungkin masing-masing sibuk nak siapkan juadah di rumah masing-masing kan. atau pun sebab hari raya aidiladha. aku cuba juga cari jawapan tapi tak jumpa. au just rasa yang mungkin semua sibuk sediakan juadah rasanya.

Lepas pusing-pusing dekat sini, kami pun balik hotel balik dan berehat. satu kehebatan tempat ni adalah tak ada lampu jalan. hehe serius risau gila bawa kereta dekat kawasan sini. nak masuk simpang yang diseberang jalan pun susah sebab kereta laju-laju. fuhhh. bahaya tau.

Keesokkanya adalah hari raya, korang nak tau apa jadi dekat kami ? nantikan entri seterusnya tau. hehehe

Terima kasih sebab sudi baca entri aku bercuti di cherating ni. kalau rajin, korang komenlah sikit. kita kongsikan pengalaman kita bersama.

2 ulasan:

  1. pernah jugak pegi cherating dulu. mmg cantik

    BalasPadam
  2. Lame dah tak ke cherating.. pantai die cantik

    BalasPadam