Hari Kedua Bercuti Di Cherating, Pahang

Ye aku sambung balik aktiviti percutian aku dan keluarga di Cherating, Pahang. Ramai yang ternanti-nanti episod baru untuk slot ni kan. hehe apa yang kami buat pada hari kedua di cherating? plan asal nak melawat Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating. tapi ada perkara misteri berlaku pada hari kedua ini sebenarnya.

Kenapa kawasan sekitar ni kosong jer pada waktu pagi tu? semua orang pergi mana ? masa keluar dari hotel , macam biasalah jalan-jalan keluar nak melawat tempat menarik di sini. tapi korang nak tahu, ada dua tiga kedai ja yang buka pada hari tu.

Hari Kedua Bercuti Di Cherating, Pahang
Hari Kedua Bercuti Di Cherating, Pahang

Hari Kedua Bercuti Di Cherating, Pahang


Disebabkan itu, kami pun ambil keputusan untuk ke Kemaman, Terengganu. dari Hotel kami ni hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Masuk ke Kemaman pun sama, kosong ! nak cari kedai makan pun susah.


ada satu kedai makan buka dekat perhentian bas dekat dengan Masjid Geliga. Sebelum singgah ke kedai tu sebab perut dah lapar, kami jalan-jalan dekat pantai Mak Nik. dekat situ ada dua atau tiga kedai yang buka jual sata. jadi kami pun beli sata sikit dan terus menuju ke restoran nasi yang aku sebut sebelum ni.

kami pun makan tengah hari dekat situ. aku makan nasi dengan ikang celup tepung. fuhh sedap weh ikan dia. hehe lepas makan dah kami pun balik ke hotel untuk berehat kejap.

Disebelah petangnya, kami ke pusat penerangan penyu di cherating tu. Ingatkan buka, tapi tutup. Pelik sungguh weh. di sebabkan banyak tempat yang kami nak pi tu tutup, kami pun duduk hotel jer lah. tunggu kot-kot esok ada sinar harapan lah . tapi lain pulak jadinya pada keesokan hari nya. yang tu aku cerita dekat entri seterusnya.

Oh ya, masa sampai dekat kemaman tu, kami singgah di sebuah pasar raya yang buka masa tu dan beli barang keperluan sikit dan lepas tu baru kami pi makan.

korang tak mau tanya ker sebab apa kedai banyak yang tutup masa aku pi haritu ? korang tak tanya pun , takpa aku tanya dan aku jawab. hahaha

sebenarnya, hari kedua kami di sini adalah Hari Raya Aidiladha. jadi banyaklah kedai yang tutup. hahaha kesian dekat kami ni. nak makan pun susah. hehe kebanyakkan kedai yang buka pun penuh. bila tanya hari raya pun buka kedai ke. saja tanya, perut dah lapar pun ada hati nak bagi sakitkan hati orang. hahaha

adalah sebab mereka tersendiri untuk buka kedai pada hari raya kan. jadi petang tu, kami lepak tepi pantai jer dekat kawasan hotel kami. best weh, pantai dia luas dan angin yang menakjubkan. korang kena duduk hotel ni tau nanti. hehe

itu sajalah perjalanan percutian hari kedua kami di Cherating, Pahang. Semoga korang terhibur. :)

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.