Adik Daftar Masuk ke Uitm Merbok Kedah

Adik Daftar Masuk ke Uitm Merbok Kedah. Bila universiti dah mula dibuka, jadi semua pakat dok masuk daftar untuk sem baru. macam hari ni aku hantar adik aku daftar msuk tuk sem baru di Uitm. Ye daftar dekat Uitm. haha aku tau sebab aku tak pernah cerita kan pasal ni. kali ni aku rasa nak sembang-sembang dengan orang , jadi aku cerita lah. hehe

aku ni jenis yang jarang cerita pasal family aku dekat blog. korang tak percaya ? percaya lah . hehe korang godek- godek sendiri blog aku , tengoklah apa jer yang aku tulis. blog yang orang cakap blog sampah ni tak ada info yang menarik pun nak di baca kan.

Adik Daftar Masuk ke Uitm Merbok Kedah
Adik Daftar Masuk ke Uitm Merbok Kedah
gambar sumber : sikelu-wordpress.com

Adik Daftar Masuk ke Uitm Merbok Kedah


Mungkin ada juga yang masuk belajar hari ini kan. atau ada yang terserempak dengan aku tadi ? hahaha bulan sembilan atau bulan september memang menjadi bulan kemasukan pelajar ke universiti awam mahupun swasta. malah ia selaras dengan universiti di luar negara.

Budak Mesir pun selalu daftar untuk tahun baru di universiti pada bulan september. jadi boleh lah nak kata yang bulan september ni bulan masuk Universiti . hehehe

banyaklah drama air mata berlaku di universiti kan. hehe biasalah siapa tak nangis bila terpisah dengan keluarga. ingatlah , korang pi study tu untuk belajar untuk segulung ijazah, jadi belajar sungguh-sungguh, cukup masa korang graduate lah.

Tadi masa daftar adik aku untuk sem baru dia, tak ada apa sangat benda baru yang kena buat. Dia cuma kena daftar asrama sahaja. Kalau untuk pelajar baru masa tahun 2016 dulu, adik aku ada jugalah taklimat nak kena dengar, lepas tu kena daftar di sana dan lain-lain.

Barang pun dah makin berkurang berbanding masa mula-mula masuk Uitm dulu. hahaha dah tahu dah benda apa yang perlu dibawa dan tak perlu di bawa. senang sikit kan. kalau masa awal-awal dulu, semua benda pakat angkut, kalau boleh satu almari nak bawa. hahaha sapa pernah duduk asrama dia tau lah kan. hehehe

apa-apa pun, pendaftaran di uitm merbok untuk pelajar senior memang mudah . Begitu juga dengan pelajar baru. ada ja pak guard yang jaga sepanjang jalan dan kalau korang nak tanya apa-apa boleh lah tanya pada mereka. senyum saja bila kita tengok depa. hehe

Good luck untuk semua pelajar yang akan memulakan sesi pelajaran di universiti. Belajar sungguh-sungguh, insyaallah anda boleh berjaya.

Sekian.

Entri sebelum - Perbanyakkan doa di hari jumaat.

1 Comments

Previous Post Next Post