Masukkan Duit Ke Akaun Tabung Haji

Cara Masukkan Duit Ke Akaun Tabung Haji. Di sebabkan ramai yang nak tahu bagaimana nak masukkan duit ke dalam Tabung Haji, mungkin sebab nak bank in ke tabung haji kot . jadi aku tulis entri perkongsian ini dengan korang. Aku rasa ramai yang nak bank in duit raya anak dalam akaun tabung haji kot. Al maklumlah , anak-anak dapat duit raya banyakkan .

Satu tindakan yang bagus bagi ibu bapa yang memikirkan masa depan anak-anak mereka. Kalau nak pinjam duit anak sekali pun , kena minta izin tau. Jadi jom kita belajar cara MASUKKAN DUIT KE AKAUN TABUNG HAJI

CARA MASUKKAN DUIT KE AKAUN TABUNG HAJI 

Masukkan Duit Ke Akaun Tabung Haji
Masukkan Duit Ke Akaun Tabung Haji

berbalik kepada tajuk asal kita hari ini, sebenarnya banyak cara yang korang boleh buat untuk masukkan duit ke dalam tabung haji. Berikut merupakan antara kaedah yang mungkin boleh membantu korang.


1. Secara terus di  Kauter Tabung Haji .

- Bawa buku akaun anak.
- bawa ic penjaga / ic waris yang di daftarkan nama buku akaun tu.

2. Bank Lain > Tabung Haji .

Setakat ini, ada 3 bank yang memboleh kan kita buat transfer duit ke tabung haji. Antaranya adalah

- Bank Islam
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
- Maybank Islamik

Melalui 3 bank ini anda boleh transfer duit raya ke akaun tabung haji anda. Korang boleh buat dekat Mesim Atm ketiga-tiga bank ni jer pun boleh .

3. Transaksi Online .

Ada dua medium online atau perbankan online yang boleh transfer duit ke akaun tabung haji.

- At- Thijari ( Tabung Haji ) - www.e-thijari.com.my
- Maybank2u - M2u.com.my .

Sumber : http://www.tabunghaji.gov.my/atm-cdm-uniteller-transaksi-elektronik


Masukkan Duit Ke Akaun Tabung Haji
Masukkan Duit Ke Akaun Tabung Haji


Lepas ni mudah lah kerja korang nak bank in atau transfer duit ke Akaun Tabung Haji. Kelebihan yang ramai tahu adalah kerana untuk memudahkan urusan pergi haji selain menjadikan tabung haji sebagai hub simpanan yang lebih patuh syariah berbanding bank-bank lain .

Sebagai orang islam, lebih baik kita simpan dalam tabung haji. Cara dia pun mudah dan yang penting orang islam yang urusankan duit-duit yang ada dalam itu. Mungkin ada yang rasa takut ada " pencuri rambut hitam " dalam tabung haji macam di laporkan sebelum ini.

Berita tu pun dah senyap dah sekarang, mungkin masalah dah selesai kot. kita hanya boleh sangka baik dan mengharapkan pihak berkuasa untuk ambil tindakan yang sepatutnya jika mereka benar-benar bersalah.

Aku harap sangat entri Cara masukkan duit ke akaun tabung haji ini membantu korang untuk menabung tak kiralah untuk diri sendiri atau untuk anak-anak korang. Sungguh ! aku lebih yakin dengan tabung haji berbanding bank-bank lain.

Entri sebelum - Viral ini rupanya punca ramai suka shopping time raya

Sekian .

Previous Post Next Post