CARA UNTUK ISTIQAMAH TUTUP AURAT UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN !

CARA UNTUK ISTIQAMAH TUTUP AURAT !
jaga-jaga dengan pandangan seorang wanita

CARA UNTUK ISTIQAMAH TUTUP AURAT ! |  Setiap manusia pasti melalui satu fasa di mana dia akan berubah dari keburukkan kepada kebaikan. Dari tidak beramal mengikut cara hidup islam kepada mengamalkan cara hidup islam. Dalam fasa atau proses perubahan ini pasti mempunyai ujian dan dugaan. Sejauh mana kita mampu istiqamah dengan ujian ini adalah penentu sama ada kita kekal dengan kebaikan atau tidak. Hari ini , kita sembang pasal CARA UNTUK ISTIQAMAH TUTUP AURAT !

Memandangkan ramai di antara pembaca yang tercari-cari bagaimana nak tutup aurat sampai bila-bila. Mungkin ada diantara mereka yang tengah di uji di antara kekal menutup aurat atau tidak.

Ramai yang kita lihat , mereka berubah dengan menutup aurat. kemudiannya kembali semula dengan tidak menutup aurat. Ujian untuk mereka dan kita sebenarnya.

Jadi bagaimana cara untuk istiqamah tutup aurat ?

1. Doa

Perbanyakkan doa agar kita sentiasa di pilih untuk istiqamah.

2. Belajar

Dalami ilmu agama sebaiknya. Lakukan perubahan demi perubahan .

3. Ikut kemampuan.

Kalau boleh ubah sikit, kita mulakan dengan sikit terlebih dahulu, kemudian lama-lama akan jadi banyak .

4. Kawan

Kawan dengan kawan yang menutup aurat. Aura dari mereka mampu membuatkan kita sentiasa termotivasi untuk menutup aurat.

CARA UNTUK ISTIQAMAH TUTUP AURAT !
Gambar sumber hanistore.com


Bukan bermakna kita tak boleh berkawan dengan orang yang tak tutup aurat. kita boleh sahaja kawan dengan mereka tetapi tak mengikut style pemakaian mereka sahaja .

5. Sedar yang menutup aurat ini adalah Perintah Allah.

Sebagai muslim, pasti kita kena sedar yang menutup aurat ini adalah perinth dari Allah kepada kita. Jadi, bila kita ingat macam tu , mesti kita akan rasa nak tunaikan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang .

Buatlah kerana Allah , pasti ketenangan itu akan tiba.

Ini antara cara untuk istiqamah tutup aurat . Semoga kita dapat praktikkan dalam kehidupan seharian kita.

Aku tulis mengenai cara untuk istiqamah menutup aurat ni sebab aku tengok ramai orang islam dia dah mula sedar mengenai kepentingan menutup aurat. Tetapi satu ja masalah dia, susah nak istiqamah . termasuklah yang didedahkan mengenai artis tempatan yang dah tutup aurat kemudian buka balik.

Aku tahu, ia memang susah. usahalah selagi mampu sehingga nafas kita yang terakhir .

Satu lagi tips tambahan ,

Kalau korang berubah dari tak tutup aurat kepada tutup aurat. TOLONG jangan Share di Media sosial selagi korang tak betul-betul istiqamah dengan kebaikan itu. Aku bimbang nanti berlaku something dekat korang nanti , terus netizen akan hentam korang dan akhirnya korang akan putus asa.

Perkongsian aku kali ini adalah mengenai CARA UNTUK ISTIQAMAH TUTUP AURAT ! , ia hanya perkongsian santai untuk kita bersama. perkongsian ini bukan untuk perempuan sahaja tetapi juga untuk lelaki.

ramai lelaki yang asalnya menutup aurat tetapi lepas beberapa ketika mula mendedahkan aurat mereka. tetapi kes untuk lelaki ni jarang kita nampak tetapi ada. Tutuplah aurat dengan sempurna untuk kebaikan kita di akhirat nanti .

Sekian.

أحدث أقدم