PERANGAI ANAK-ANAK YANG MACAM-MACAM ! | Bila kita duduk dengan ibu dan ayah atau pun dengan orang tua , kita tanyakan kepada mereka mengenai perangai anak-anak mereka. Pasti jawapan mereka , " bila anak ramai ni,perangai macam-macam " .
Kalau kita tanya lagi dalam , pasti mereka akan tersenyum sendiri . Sebabnya walaupun anak-anak ramai, perangai mereka tidak akan sama . Hatta kalau kembar seiras pun , belum tentu mempunyai perangai yang sama di antara mereka .
Keunikkan yang Allah ciptakan kepada kita . Apabila perangai anak-anak semakin pelbagai , ada kala seibu dan bapa mula rasa nak marah . Mungkin ketika kecil, si anak tak pandai melawan kata-kata . Apa yang di suruh ,itulah yang di lakukan . Apabila meningkat usianya , mulut sudah boleh bercakap ,si anak pasti akan mempersoalkan kenapa itu dan ini berlaku .
Ada ibu bapa yang masih boleh bersabar dengan kerenah si anak, namun ada juga ibu dan bapa tidak dapat menahan marahnya apabila si anak bercakap banyak walaupun di usia kecil . Sedangkan merekalah yang tak sabar untuk mendengar si anak itu berkata-kata .
Perangai anak-anak yang bermacam ini pasti di lalui oleh semua ibu dan bapa di luar sana . kalau korang tengok iklan meggi terbaru , ada iklan mengenai dina dengan dini . mereka ini adik beradik tetapi cita rasa mereka berbeza. seorang suka meggi kari dan seorang suka meggi goreng . Pasti menambah kepeningan si ibu untuk memasak sama ada meggi kari atau meggi goreng .
Naluri si ibu ?
ya, dia masak dua-dua sekali , meggi goreng dan kari untuk anak-anaknya . Biasalah perangai si anak , apabila nak akan perhatian . betul tak ? kita juga pernah jadi anak dan perangai kita tidak akan terlalu jauh dengan anak-anak kita .
Aku pernah dengar ceramah yang mengatakan perangai anak-anak kita ini adalah dua kali perangai kita satu ketika dahulu. kalau kita derhaka dengan ibu dan ayah kita, jangan risau , anak-anak anda juga akan melakukan perkara yang sama . takut kan.
Itulah serba serbi coretan mengenai PERANGAI ANAK-ANAK YANG MACAM-MACAM ! . sejak dua tiga menjak ni aku kerap jumpa mak ayah yang marah anak di tempat awam . aku tak salah kan mak ayah, sebab itu juga salah satu cara mendidik . kalau semua perkara nak guna benda positif sahaja sampai bila si anak nak faham. betul tak ? kita ini melayu , bangsa melayu tak sama dengan mat saleh . hehehe
Sekian.
Post a Comment