PAGEVIEW KATAUBAID MENCECAH 2 JUTA PAGEVIEW !

PAGEVIEW KATAUBAID MENCECAH 2 JUTA PAGEVIEW ! | Alhamdulillah , hari ini aku buka pageview blog kataubaid seperti kebiasaan aku buat setiap hari . tapi tujuan aku hari ini lain dari lain sebabnya aku nak tengok pageview aku dah mencecah angka 2 juta tak ? . Akhirnya selama menunggu hampir setahun ia telah mencecah angka 2 juta pageview .



PAGEVIEW KATAUBAID MENCECAH 2 JUTA PAGEVIEW !


Blog kataubaid mula di buat pada tahun 2010 , ia hanyalah untuk menyelesaikan tugasan dari cikgu fizik untuk markah tambahan subjek fizik . Selepas itu ia bertukar menjadi blog rasmi kepada aku kerana blog aku yang sebelum ini tak boleh nak log in . jadi aku ambil keputusan untuk meneruskan dengan blog ini .

Aku menulis secara suka-suka tanpa ilmu blog yang betul. Sehingga keadaan menjadi terdesak dan akhirnya aku ambil keputusan untuk menulis dengan serius. Ia bermula pada September 2015 , aku mula menulis menggunakan teknik-teknik yang di ajar dalam google , dari kawan-kawan kelab blogger ben ashaari dan rakan-rakan blogger yang lain .

Dari situ aku mula tahu apa itu dunia blogger. Dan kini aku dah berjaya dapat beberapa rezeki dari blog kataubaid ini . Pelaburan yang membuahkan hasil . Alhamdulillah . Aku dah banyak kali kongsikan pengalaman berblog aku dengan korang. jadi aku tak mau lah ulang banyak kali, nanti korang jemu .

Sempena Pageview blog aku mencecah 2 juta, aku nak buat benda yang tak pernah aku buat. aku segan sebenarnya nak minta tapi aku nak minta jugak lah * sambil tutup muka . hehehe aku nak korang komen mengenai blog kata ubaid ni di ruangan komen je . dan harapan korang dekat blog ini. boleh tak ?

Nanti aku baca komen korang tu . aku perlukan sangat-sangat untuk improve blog aku ini . Aku harap dengan entri PAGEVIEW KATAUBAID MENCECAH 2 JUTA PAGEVIEW , boleh beri semangat kepada blogger lain yang belum mencecah angka ini . teruskan update blog dengan ilmu blog yang betul. insyaallah korang akan berjaya .

Sekian.

Related Posts

Previous Post Next Post