LANGKAWI LOKASI PERCUTIAN CUTI SEKOLAH 2016 !

LANGKAWI LOKASI PERCUTIAN CUTI SEKOLAH 2016 ! |  Musim cuti sekolah hujung tahun bagi tahun 2016 bakal menjelma tidak lama lagi . Sudah pasti ibu bapa sedang merancang aktiviti menarik untuk anak-anak mereka lakukan sepanjang cuti sekolah ini . Ada yang merancang menghantar anak mereka pulang ke kampung dan ada juga merancang untuk mengajak anak-anak mereka bercuti ke tempat menarik di Malaysia . Aku ingin cadangkan kepada anda supaya membawa anak-anak anda ke Pulau Langkawi Sebab apa aku pilih LANGKAWI LOKASI PERCUTIAN CUTI SEKOLAH 2016 ?


LANGKAWI LOKASI PERCUTIAN CUTI SEKOLAH 2016 !


Di Pulau Langkawi terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk di terokai oleh anda jika anda membuat keputusan untuk ke sana . Antara tempat yang menarik di langkawi adalah seperti berikut .

LOKASI PERCUTIAN DI LANGKAWI 

1. Pulau Dayang Bunting .
2. Underwaterworld .
3. Cable car
4. 3d Art Muzium

Artikel berkaitan : 5 Tempat menarik di Langkawi !

dan banyak lagi tempat menarik di langkawi yang korang boleh terokai dengan keluarga korang . Ada tempat bercirikan ilmu dan ada juga tempat yang sesuai untuk aktiviti luar . Ada pelbagai cara untuk anda dan keluarga anda ke Pulau Langkawi . Antaranya adalah sepeti berikut :

1. Melalui Udara .

Anda hanya perlu menempah tiket kapal terbang ke Langkawi dengan kadar segera bagi mengelakkan harga melambung tinggi. Anda boleh tempah melalui Airpaz.com .

2. Melalui Laut .

Anda boleh ke Jeti Kuala Perlis di Perlis untuk mengambil feri ke Pulau Langkawi . atau mungkin ada yang bercadang nak bawa kenderaan sendiri ke Pulau Langkawi , korang boleh baca maklumat yang di tulis oleh Blogger Rosmazyatul Akma mengenai Cara bawa kenderaan sendiri ke Langkawi .

Baru-baru ini aku sempat pergi ke Langkawi pada bulan 10 baru ni , apa yang aku boleh simpulkan adalah kesemua tempat-tempat menarik di langkawi yang aku senaraikan tu adalah tempat terbaik untuk korang lawati. aku duduk dekat sana 4 hari 3 malam pun rasa tak puas. Korang kena bawa keluarga korang ke sana . Semoga entri LANGKAWI LOKASI PERCUTIAN CUTI SEKOLAH 2016 memberi manfaat kepada korang yang mencari maklumat mengenai Percutian di Langkawi .

Sekian.

Related Posts

Previous Post Next Post