BEKALAN MINYAK MASAK TIADA ?

BEKALAN MINYAK MASAK TIADA ? | Sejak beberapa minggu yang lalu, banyak kes di laporkan mengenai kekurangan minyak masak di pasaran di samping berita kenaikan harga minyak masak yang menyebabkan rakyat terbeban . Pengalaman aku sendiri mencari minyak masak cukup susah sekarang ini. pergi ke kedai, mereka hanya menghadkan 1 pack minyak masak kepada seorang pembeli sahaja . Persoalannya kenapa minyak masak tak ada ? atau sengaja di sembunyikan oleh peniaga mahupun pembekal ?

Aku terfikir banyak kali , kenapalah sebelum ini  ada dan sekarang tiba-tiba hilang . Mungkin ada betulnya kata sesetengah pihak yang mendakwa ,minyak di sembunyikan kerana mereka menunggu harga baru yang bakal di naikkan kelak . Kenapalah mereka tidak memikirkan permintaan pelanggan mereka ? pelik sungguh, bukan kah permintaan pelanggan itu bersifat sepanjang tahun dan bukannya bermusim .


BEKALAN MINYAK MASAK TIADA ?

Boleh di katakan setiap hari pasti ada yang mahu menggunakan minyak masak, tidak untung lagi kah ? minyak masak sudah menjadi barang asasi rakyat malaysia . setiap hari menggunakan minyak masak untuk memasak makanan sebagai kelangsungan hidup . apabila jadi isu sebegini ,ia lebih menyusahkan rakyat . sampaikan terpaksa menukar minyak ke minyak jagung untuk memasak .

Akhir sekali kita harap, solusi dari KERAJAAN yang memerintah untuk isu ini. sekarang aku pelik ,sepertinya kerajaan yang menyuruh untuk menyimpan minyak masak apabila mereka mencadangkan agar penjualan minyak paket kepada pengguna sebagai ganti minyak masak dalam botol . adakah ada sesuatu di sebalik isu minyak ini ? adakah mereka menjaga kroni mereka atau sebaliknya ?

Rakyat terdesak dan kerajaan bagi solusi yang entah apa-apa . sehinggakan menjadi bahan lawak di media sosial . rakyat bosan dan makin bosan dengan sandiwara kerajaan. tolonglah buat tugasan anda sebagai kerajaan. bukannya pemilik negara Malaysia. anda di lantik untuk uruskan sahaja jangan buat macam malaysia ini anda yang punya.

kita harap solusi yang baik dari mereka . aku rasa minyak masa tiada ini hanyalah cara untuk pembekal memperoleh keuntungan . mereka guna cara ini untuk desak kerajaan supaya naikkan harga minyak .bila kerajaan setuju, baru mereka keluarkan balik. cuba fikirkan sepanjang tahun tiada masalah minyak dan sekarang baru ada balik. nak kata malaysia di negara benca sehingga bekalan habis itu boleh di terima lagi .

setakat ini belum ada berita mengenai bencana di mana-mana tempat di dalam negara kita. bukan kita minta bencana tetapi alasan apakah yang mereka gunakan untuk sekat pengeluaran minyak masak yang menjadi kegunaan rakyat malaysia. aku tulis panjang-panjang ni cuma untuk memikirkan apa masalah yang berlaku dan mencari solusinya . penat dah kehulu kehilir mencari minyak tetapi tak ada . korang rasa tak masalah yang sama dengan aku ?

Sekian .

Previous Post Next Post