TUDUNG BAWAL VS SHAWL !

TUDUNG BAWAL VS SHAWL ! |  Perempuan dan tudung memang tidak boleh di pisahkan. Hakikatnya tanggungjawab dan tuntutan Islam kepada kaum wanita adalah untuk bertudung kerana ia salah satu perkara yang wajib di tutup atau wajib di sembunyikan daripada pandangan lelaki yang bukan mahramnya . Kalau anda perasan zaman sekarang banyak betul nama tudung yang ada di pasaran antaranya adalah bawal,shawl,exclusive dan sebagainya . Ini adalah antara peluang untuk wanita di luar sana untuk bergaya walaupun dalam keadaan mereka menutup aurat . 



Tudung bawal ke tudung Shawl !


Satu sahaja pesanan, islam tidak melarang ummatnya berfesyen, pakailah apa yang nak pakai asalkan tidak melanggar aturan yang telah di tetapkan oleh islam. itu sahaja . Sejak pelbagai jenis tudung yang keluar di pasaran, banyak juga video tutorial pakai shawl atau tudung berada di media sosial. Tidak kurang Entri berkenaan Cara pakai Shawl atau tudung di dalam google yang menjadi perhatian kaum wanita .

Pernah tak korang terfikir apa perbezaan antara Shawl dan tudung bawal. aku yakin kalau tanya orang lelaki macam aku ni, mesti jawapan kami adalah sama yakni kedua-duanya tudung . haha tap bagi kaum wanita ia adalah berbeza . Berbeza dari segi lilitannya sebenarnyakan. Jom kita study sikit pasal kedua-dua jenis tudung tersebut berdasarkan gambar di bawah .

Karton di atas ni nak bagitau yang tudung Shawl lebih laju dan cepat untuk di gayakan berbanding dengan tudung bawal itu sahaja . Kaum wanita , korang rasa betul ke cepat ? atau korang lebih mementingkan keselesaan ketika memakai tudung atau kecepatan bersiap ? . 


Point yang terakhir dalam karton ni cakap " kau ingat aku pakai tudung untuk pandangan lelaki ke ? " , aku suka ayat tu. betul kaum wanita pakai tudung untuk menutup aurat dan jangan pakai tudung sebab lelaki yang bukan mahram . pakai tudung kerana Allah semoga pakaian kita hari-hari ini memberi pahala  yang banyak kepada kita sepanjang kita memakainya .

Sekian.


Previous Post Next Post