Wahai manusia, jangan sesekali inginkan pujian manusia, sebab ia pasti menjadi racun kepada kamu andai kamu salah langkah dalam menanganinya . Berpijaklah di bumi yang nyata . aku tak ajak korang untuk bersangka buruk dengan manusia tetapi aku nak kita semua berwaspada dengan manusia di sekeliling . Ada ketika kita kuat kerana mereka dan ada ketika kita jatuh tersungkur juga kerana mereka .
Aku teringat kata-kata dato ramli Ms, pemusik terkenal tanah air . Dia bercakap ketika berpesan kepada pelajar Af 2016 . apa kata beliau ? " jangan kejar populariti,biar populariti yang datang kepada kamu " . Populariti terikat dengan kata-kata manis dan penuh dengan pujian dan sanjungan. jangan sesekali mengharapkannya kerana satu hari kamu akan penat menanti dan menunggu kerana tiada seorang pun yang mengingati kamu.
Ingatlah pesanan aku ini anda satu hari nanti berlaku kepada kamu dan ketika itu ingatlah Ubai pernah ingatkan aku tentang ini supaya aku tidak hanyut dalam pujian manusia .
Sekian.