SOLAT TERAWIH 8 ATAU 20 RAKAAT ?

SOLAT TERAWIH 8 RAKAAT ATAU 20 RAKAAT I Sudah pasti yang menjadi buah mulut orang ramai terutamanya masyarakat Malaysia ketika menjelang Ramadhan adalah Solat Terawih berapa jumlah nya ? Solat Terawih 8 rakaat atau 20 rakaat ? Maka akan adalah pelbagai pihak yang mempertahankan hujah masing-masing .

" Aku kata 20 rakaat yang afdhal " seorang lagi pulak berkata " aku kata 8 rakaat lagi afdhal " . Lepastu bertengkar dan bergaduh sesama sendiri . Sebenarnya kalau kita semua faham dari sudut il fiqh , pastinya tidak ada masalah dalam memahami solat terawih 8 rakaat atau 20 rakaat .

Solat Terawih 8 rakaat atau 20 rakaat ?

Sejarah awal solat terawih adalah berdasarkan Hadis berikut :

Daripada `A’isyah radiyallahu`anha: Bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sembahyang di masjid, maka banyak orang mengikut baginda, begitu juga malam keduanya. Nabi sembahyang dan pengikut bertambah ramai. Pada malam ketiga dan keempat orang-orang banyak berkumpul menunggu Nabi tetapi Nabi tidak datang ke masjid lagi. Pagi-pagi Nabi bersabda: Saya tahu apa yang kalian buat malam tadi, tetapi saya tidak datang ke masjid kerana saya takut sekali kalau-kalau sembahyang ini diwajibkan ke atas kalian. `A’isyah radiyallahu`anha telah berkata: Keadaan ini berlaku dalam bulan Ramadhan". (Diriwayatkan oleh Muslim)

Manakala Sejarah Solat Terawih 20 Rakaat pula berlaku pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab . Bagi Mazhad Syafie yang menjadi pegangan rakyat Malaysia ,kita mengamalkan solat sunat terawih sebanyak 20 rakaat. Menurut Imam Nawawi dalam kitabnya .  beliau berkata :

"Dalam mazhab kita, [solat] tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam, selain witir".

Al-Imam ar-Ramli telah berkata di dalam kitabnya “Nihayah al-Muhtaj”, juzuk 2, halaman 122: 

"Dan sembahyang tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam kerana riwayat yang mengatakan bahawasanya sahabat-sahabat Nabi mengerjakan sembahyang tarawih dalam bulan Ramadhan pada zaman `Umar bin al-Khattab sebanyak 20 rakaat".

Maka , inilah hujah untuk kita menunaikan solat terawih sebanyak 20 rakaat .Satu hari Saidina Umar Al-khattab bersama dengan 'Abdurrahman bin 'Abdul Qarai. Ikuti kisahnya yang dirakam kan dalam  Sahih Al-Bukhari .

Daripada `Abdurrahman bin `Abdul Qarai, beliau berkata: Saya keluar bersama Sayyidina `Umar bin Khattab [khalifah pada masa itu] pada satu malam di bulan Ramadhan pergi ke masjid [Madinah]. Di dapati dalam masjid orang-orang sembahyang tarawih bercerai-cerai, ada orang yang sembahyang sendiri-sendiri, ada orang yang sembahyang dan ada orang dibelakangnya, maka Sayyidina Umar berkata: Saya berpendapat akan mempersatukan orang-orang ini. Kalau disatukan dengan seorang Imam sesungguhnya ia lebih baik, lebih menyerupai dengan sembahyang Rasulullah. Maka dipersatukan orang-orang itu bersembahyang di belakang seorang Imam namanya Ubai bin Ka`ab. Kemudian pada satu malam kami datang lagi ke masjid, lantas kami melihat orang-orang sembahyang berjemaah di belakang seorang Imam. Sayyidina `Umar al-Khattab berkata: Ini adalah sebaik-baik bid`ah". (Diriwayatkan oleh al-Bukhari)
Berdasarkan Hadis di atas , kita dapati bahawa sebelum ini solat terawih di kerjakan bersendirian. dan apabila Saidina Umar melihatnya pada satu hari di  dalam bulan ramadhan. maka, beliau meminta agar solat terawih di satukan dan di imamkan oleh seorang imam .

Jadi boleh ke buat 20 rakaat tak buat 8 rakaat ?

Jawapannya Boleh.  

Boleh ke buat 8 rakaat dan tak buat 20 rakaat ?

Jawapannya Boleh .

Kesimpulannya , jika kita ingin melakukan 20 atau 8 rakaat. maka teruskanlah niat kita itu mengikut kemampuan kita. Janganlah bergaduh kerana 8 rakaat atau 20 rakaat . Solat lah mengikut kemampuan kita . jangan tak solat sudah.

sekian.

** aku cuba bagi huraian yang paling mudah untuk faham . maaf ya kalau berbelit2 .


Post a Comment

Previous Post Next Post