PERKARA MUDAH YANG KITA KENA BUAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN !


PERKARA MUDAH YANG KITA KENA BUAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN ! | Bulan ramadhan datang dengan seribu kebaikan kepada ummat manusia . kalau kita perasan kan, selalunya bulan ramadhan akan di kaitkan dengan bulan untuk pakat buat baik dan pakat pulun buat ibadah. Bulan-bulan lain kita tidak di beritahu sedemikian kerana bulan ramadhan sahaja di gandakan pahala yang berlipat kali ganda kepada kita.

Jom tengok : Suasana Berbuka puasa di hadapan Kompleks Perbadanan Putrajaya .

PERKARA MUDAH YANG KITA KENA BUAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN !
gambar : www.hijabihafs.com

Jadi kita kenalah rajin buat baik , kalau tak buat baik, kita tinggalkanlah benda jahat seboleh mungkin . Aku ni bukanlah baik sangat, nakal tu memang ada , hahaha tapi kadang-kadang tu aku rasa macam best pula kalau kita tulis benda baik. nanti orang baca ,dia pun boleh jadi baik. nampak tak sistem MLM yang ada pada ibadah kita. walaupun kita tak yah cari downline susah-susah . hehe aku nak kongsikan dengan korang perkara mudah yang kita boleh buat sepanjang bulan ramadhan . Antaranya adalah :

1 . Baca Al-quran .

Sememangnya, bulan ramadhan adalah bulan Al-quran. Jadikan ramadhan kita pada tahun ni sebagai sekolah untuk mendidik kita mendalami al-quran. Insyaallah di luar ramadhan, kita akan rasa mudah untuk membaca al-quran.

2. Hormat Ibu bapa dan orang tua .

Antara perkara baik yang boelh di lakukan adlaah menghormati orang tua, ibu dan ayah kita. Taat kepada Allah dan kemudian kepada kedua ibu bapa mampu menjadikan hidup kita berkat di dunia dan di akhirat.

baca juga : 6 Perkara yang patut korang start bualn dalam bulan ramadhan ini .

PERKARA MUDAH YANG KITA KENA BUAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN !

3. Beri makan kepada orang yang berpuasa .

Amalan yang di galakkan untuk kita lakukan ketika bulan puasa adalah memberi orang lain makan ketika waktu berbuka. banyak ganjaran yang elah di nyatakan kepada kita. tinggal kita sahaja lakukannya.

4. Rajin Bekerja .

Ramadhan merupakan bulan ujian kepada kita, sepanjang tahun kita bekerja dan di berikan tenaga ketika waktu lunch time dan sebagainya. Tetapi di bulan ramadhan, kita kena lebih semangat dalam melakukan kerja kerana kekuatan yang kita peroleh adalah dari keberkatan bulan ramadhan itu sendiri. Sebab itu kita bersemangat sentiasa di bulan ramadhan.

5. Lakukan perkara yang baik-baik sahaja .

Kalau tidak mampu nak ajak ornag buat baik, maka kita sahaja yang lakukan perkara baik-baik. Sebab apa amalan dan kerja yang baik-baik kita lakukan dapat memberi ktia ganjaran pahala dan ketengan hati ketika di dunia dan di akhirat,

Pendek kata,, banyak perkara mudah yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini .Aku ambil contoh , dari blog  ini , korang boleh tahu perkara lain yang mudah yang patut kita lakukan sepanjang bulan ramadhan . Semakin banyak kita membaca semakin banyak ilmu dan semakin banyak kebaikkan yang kita mampu buat. maka semakin banyak pahala kita peroleh . Korang boleh baca di sini .

Semoga ramadhan kali ini menjadi inspirasi kepada kita dalam beribadah dan meneruskan kehidupan kita seharian . Jangan sibuk main mercun atau buat kuih raya sahaja. hehe auumm.

sekian .


أحدث أقدم