ORANG DAH MULA SHOPPING RAYA !

Shopping raya | Wah ! semakin dekat dengan Aidilfitri semakin ramailah yang mengambil peluang untuk bershopping sempena menyambut Aidilfitri nanti . Sudah pasti tempat-tempat seperti Jalan Tar , PKNS dan banyak lagi tempat di Malaysia ini akan menjadi tumpuan bagi kaki shopping . Walaupun harga baju raya seudah mencecah ratusan ringgit, namun masih ramai yang mampu untuk membelinya .Alhamdulillah . harap lepas ni tiada lagi harga yang naik lah kan. hehehe .

Semalam sempena cuti nuzul Al-quran , aku sempat jugak lah pergi ke sungai petani dan jalan-jalan melihat barang-barang di sana. orang kata shopping raya lah kan. hehe banyak juga barang-barang yang di jual di sana seperti baju melayu, baju kurung dan sebagainya. Cumanya aku tak boleh nak compare harga di kedai-kedai tu sebabnya aku hanya masuk satu kedai ja.

Tips Shopping raya

Aku pilih untuk beli baju melayu sahaja, harga baju melayutu dalam Rm 50 plus jer. tidak termasuk seluar. kalau sepasang baju melayu adalah dalam seratus lebih. di sebabkan aku tak pakai seluar baju melayu, aku beli baju jer la kan. jimat sikit. Aku rasa kalau dekat penang harga baju melayu sahaja dan lebih rm 60 setiap satu. kalau sepasang seratus lebih jugak lah harganya.

Bila kita shopping baju raya, selain dari ukur saiz baju, jangan lupa ukur sekali keupayaan kita dalam membeli . kalau kita ada keperluan lain yang perlu di utamakan , maka utamakanlah dahulu. jangan membazir. itulah tips shopping sempena hari raya ini. nanti lepas raya,tak ada yang merungut sebab terlepas shopping masa bulan puasa dahulu. hehe

Kalau dah musim shopping ini, sudah pasti yang menjadi perhatian adalah kaum wanita yang shopping . kaum lelaki a.k.a para suami pula akan setia menanti di tepi dan luar kedai sehinggalah si isteri atau anak mereka selesai membeli . nasihat aku, bertimbang rasalah dengan orang lain. wanita di luar sana kalau boleh shopping tu janganlah lama-lama, kesian si suami. hehe mungkin alternatif lain bagi suami adalah membawa barang keperluan lain semasa mereka meneman si isteri membeli belah, bukan apa untuk mengelakkan berasa bosan ketika meneman isteri. Perangai perempuan ketika bershopping yang aku respect . 

Tips Shopping raya

Semoga kemeriahan aildilfitri yang bakal menjelma ini tidka memadamkan semangat kita mengejar lailatul qadar . Kalau siangnya kita boleh tawaf shopping compleks untuk membeli belah, biarlah malamnya pula kita mampu untuk bangun tahajjud dan beribadah serta mencari lailatulqadar. baru lah sama . betul tak ?

Selamat mencari lailatul qadar !

sekian .

baca juga : Status Imam muda Ammar di salah tafsir !


**gambar google
أحدث أقدم