Baca juga : Perangai Perempuan bila shopping yang aku respect !
Melihat harga barang-barang tersebut, aku cuba tengok dan survey harga baju melayu di sebuah pasar raya di Malaysia. Harga baju melayu sepasang sudah berharga ratusan ringgit .Tidak seperti satu ketika dahulu apabila harga sepasang baju melayu hanya puluhan ringgit sahaja . Tidak termasuk dengan sampin lagi.
Namun , walaupu harganya mahal tetapi rakyat malaysia masih mampu membelinya . Pelik juga kan, seronok membeli atau terpaksa beli ? satu persoalan yang perlu di bincangkan juga sebenarnya . Sewajarnya, peniaga kena lihat situasi rakyat malaysia sebelum mereka meletakkan harga . Aku bimbang , satu hari nanti harga baju melayu juga akan meningkat naik seperti harga makanan. Bimbang oh bimbang .
Ini aku cakap mengenai baju melayu sahaja, baju kurung tak yah cakap lah kan. awal-awal lagi dah mahal . korang rasa berbaloi tak , baju melayu harga ratusan ringgit semata-mata nak sambut hari raya sahaja ?
Mungkin juga ada yang berpendapat, beli baju melayu hanya setahun sekali sahaja ,bulan-bulan lain, pakai sahaja mana yang ada. Aku rasa itu yang rakyat malaysia fikir bila beli baju mahal-mahal. tapi hakikatnya , akan juga di beli baju melayu pada bulan-bulan lain. adakah akan berlaku pembaziran ? sebenarnya aku nak cakap pasal harga baju melayu sekarang ini. mahal weh !
Kalau nak dikatakan design mereka berbeza, bagi aku baju melayu sebenarnya tiada design yang berbeza sangat. dia hanya ada 3 poket di atas dan jarang juga kita lihat baju melayu mempunyai dua warna dalam satu-satu design. kadang-kadang, aku tengok design antara syarikat-syarikat pengeluar baju melayu ni lebih kurang ja, tapi harga mereka berbeza.
Andai semua pakaian berharga ratusan ringgit, bagaimana kita nak memilih sebaliknya betul tak ? alih-alih terpaksa lah juga beli walaupun harga ratusan ringgit sebabnya tiada pilihan dari sudut harga. itu maksudnya terpaksa membeli yang aku cakap di atas. Adakah kita betul-betul mampu untuk membeli ? atau terpaksa beli ? korang yang mana satu ?
sekian.
Post a Comment