TROLL ORANG RAMAI DENGAN CERMIN MATA !


KISAH TROLL ORANG RAMAI DENGAN CERMIN MATA I Kisah ini berlaku di London pada beberapa hari lalu. ada sekumpulan budak-budak atau remaja di sana melakukan prank atau troll kepada beberapa pengunjung sebuah muzium seni. Troll ini bukanlah seperti panggilan hangit yang di lakukan di Malaysia macam panggilan hangit Mark Adam . Tetapi ia macam seperti memberi persoalan kepada pencinta bahan seni di sana dan di dunia. Kita selalu tengok hasil seni yang di pamerkan dalam pameran-pameran di Malaysia mahupun di Luar Negara.

Kadang-kadang kita sendiri hairan dengan kualiti dan kehebatan sebuah karya seni yang di anggap seperti hanya melempar cat pada kertas putih. Kalau bahasa kasar sikit lukisan seperti budak tadika buat mampu memperoleh harga ribuan malah jutaan ringgit. Macam tak masuk akal. apabila kita bertanya kepada mereka yang meminatinya, sudah pasti jawapan mereka adalah itulah seni,tinggi nilainya.

Apa yang di lakukan oleh remaja ini adalah mereka meletakkan sebuah cermin mata di lantai Muzium Seni terbabit . Ini yang berlaku kepada pengunjung yang melakukan lawatan di Muzium Seni berkenaan. Jom tengok reaksi mereka .

KISAH TROLL ORANG RAMAI DENGAN CERMIN MATA

KISAH TROLL ORANG RAMAI DENGAN CERMIN MATA

KISAH TROLL ORANG RAMAI DENGAN CERMIN MATA

KISAH TROLL ORANG RAMAI DENGAN CERMIN MATA

Mungkin , kita hanya menilai kepada gambar sahaja. dari gambar ini kita lihat ramai pengunjung yang turut memberi perhatian kepada sepasang cermin mata yang di letakkan di lantai . Adakah ia juga merupakan karya seni hebat seperti karya seni lain ? aku rasa, mereka amat menghargai apa yang ada di Muzium terbabit. kalau aku pergi muzium, aku akan tengok semua benda yang ada di sana. walaupun benda remeh, aku still akan perhatikan dan ambil tahu kisah di sebalik perkara terbabit.

Bukan apa, kadang-kadang perkara remeh yang kita anggap remeh itu sebenarnya perkara yang patut di titik beratkan. tapi aku tak tahulah tujuan sebenar mereka melakukan prank macam ni kan. hehe lawak pun ada. Rancangan ini juga di akui sendiri oleh Tuan yang buat dalam Twitter mereka .

Aku harap tak ada yang buat dekat Malaysia. hehe. Bukan Apa, janganlah ambil kesempatan dengan memperbodohkan orang lepas tu hebahkan di media Sosial. tak berbaloi buat macam tu kan. korang rasa macam mana ?

sekian.

p/s : kita asyik tengok orang troll itu dan ini. korang pernah terfikir tak troll ni kadang2 tak bagus . yela, kita nak memperbodohkan kebodohan orang sebagai bahan lawak. betul tak ? lebih baik korang tengok ini. binatang di selamatkan oleh orang yang bertanggung jawab. sebak lak tengok. yela ,sekarang ni tak ramai yang mampu berkelakuan baik seperti mereka.
Previous Post Next Post