DRAMA MELAYU SENANG NAK AGAK APA YANG BERLAKU LEPAS ITU !

DRAMA MELAYU I Sejak dua menjak ni , aku perasan ramai dah rakyat Malaysia yang begitu meminati Drama-drama melayu di kaca Tv . Drama yang menjadi sebutan ramai antaranya Drama Duda Terlajak Laris, Dia semanis Honey dan juga Demi Cinta Ain . Kesemua Drama ini mempunyai peminat-peminatnya sendiri sama ada peminat lakonan mereka malah peminat kepada pelakon-pelakon dalam drama tersebut.

Kalau korang perasan, kebanyakkan drama melayu , kita boleh predict atau boleh jangka apa yang akan berlaku selepas itu . Kebanyakkannya mempunyai jalan cerita yang sama cumanya barisan pelakon setiap drama itu sahaja berbeza . aku ambil contoh drama Dia Semanis honey . ada satu watak perempuan baik dan juga seorang watak perempuan jahat yang akan mengganggu keluarga si perempuan baik tersebut.

Baca juga : Kalau Tengok Drama Melayu Mesti..

Kes yang sama cuma pelakonnya yang berbeza. Aku ambil contoh drama Tundukkan Playboy itu. Ada seorang watak perempuan baik dan seorang watak perempuan jahat yang cuba menggoda dan memecah belahkan keluarga si perempuan baik . Dua Drama berbeza ,pelakon yang berbeza dan jalan cerita yang sama. aku perasan benda ni bukan dua drama yang aku sebut sahaja, kebanyakkanya mesti jalan ceritanya begitu rupa .

Cumanya kalau korang perasan Drama Duda terlajak Laris adalah drama yang agak lain dari drama-drama yang aku sebut dekat atas. Tiada watak perempuan jahat di dalam drama ini cumanya jalan cerita drama ini memberi gambaran yang tidak logik sehinggalah ke akhir episod. satu perkara yang unik dan menarik kalau korang tonton drama duda terlajak laris .

Drama mak cun 2

Begitu juga dengan drama Anakku Diva, Mak Cun dan yang lain. jalan cerita mereka berbeza untuk target person yang menonton drama tersebut .Bukan hanya ia di ambil 100% dari novel dan aku yakin  drama-drama di tv bukan lah ambil 100 % dari novel sebaliknya mungkin 80 % atau 60% dari novel.walaupun ambil idea dari novel, tetapi rakyat malaysia begitu menyukai drama-drama sedemikian rupa .

Mungkin aku ja dalam malaysia ni suka pandang drama melayu dari pandangan berbeza . hehe sebab itu aku jarang tengok drama melayu kalau aku dah boleh baca jalan cerita dia. korang pulak ? peminat tegar drama melayu, apa pendapat korang mengenai hal ini ? aku yakin ramai yang menonoton drama melayu terutamanya drama dia semanis honey . kaaan. komen lah dekat bawah yer.

sekian.



أحدث أقدم