PEMBELIAN NO PIN BSN UNTUK PERMOHONAN UPU DAN USM MASIH DI BUKA !
PEMBELIAN NO PIN UPU DAN USM I Setelah pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini, maka bermulalah satu fasa baru bagi adik-adik lepasan SPM . Fasa permohonan melanjutkan pelajaran ke Universiti dalam negara mahupun Luar Negara . Bagi adik-adik yang ingin memohon kemasukan ke Universiti di luar negara terutamanya ke timur tengah pastinya anda sudah mengisi permohonan online ke universiti di timur tengah .
Tarikh tutup pembelian no pin UPU : 4 APRIL 2016 (11 45 Malam )
Bagi yang mahu melanjutkan pelajaran ke universiti dalam negara pula, Adik-adik boleh mengisi borang UPU untuk kemasukkan ke universiti dalam negara . Permohonan UPU memerlukan adik-adik membeli No pin di Bank Simpanan Nasional ( BSN ) . Langkah mudah sahaja jika adik-adik ingin membeli No pin di BSN .
Cara Pembelian No Pin BSN untuk UPU dan USM :
1. Pergi ke BSN yang berdekatan dengan anda
2. Isi Borang Deposit ( Kaler biru )
3. Ambil no dan kemudian bila sampai number, pergi kaunter untuk urusan pembelian .
take note : Bawa IC .
Permohonan kemasukkan ke Universiti Sains Malaysia pula adalah terbuka kepada lepasan Matrikulasi, STPM dan Diploma . USM juga menawarkan program PJJ untuk yang bekerja boleh rujuk laman web Pohon USM . Langkah yang sama juga seperti permohonan UPU jika adik-adik nak beli no Pin untuk permohonan ke USM .
Semoga adik-adik di permudahkan urusan dalam melanjutkan pelajaran ke universiti atau institusi pilihan adik-adik ya. buat pilihan terbaik agar menjamin masa hadapan yang cerah dan gilang gemilang.
sekian.
إرسال تعليق for "PEMBELIAN NO PIN BSN UNTUK PERMOHONAN UPU DAN USM MASIH DI BUKA !"