PERMOHONAN PELAJAR KE UNIVERTSITI DI TIMUR TENGAH ( MESIR, JORDAN DAN LAIN-LAIN )

PERMOHONAN KE UNIVERSITI LUAR NEGARA I Bagi adik-adik yang nak masuk atau nak menyambung pelajaran di timur tengah , Permohonan Online Pelajar ke Universiti di Timur Tengah telah di buka untuk adik-adik isi dan hantar kepada kementertian Pengajian Tinggi .

Tujuan permohonan Online ini adalah untuk memastikan setiap pelajar yang terbang atau menyambung pelajaran ke Timur tengah telah menepati kelayakkan minima untuk pencapaian akademik. Selepas anda isi borang online ini, ada akan mendapat tawaran jika anda layak untuk menyambung pelajaran di Timur tengah .

Pengalaman di Mesir
Suasana pagi hari di Mansoura , Mesir 

Nasihat abang, jangan percaya sangat dengan orang yang kata ada " C " boleh sambung medic dekat mesir dan sebagainya. Ini atas pengalaman peribadi, ada syarikat atau agen yang buat demikian. hakikatnya, syarat minima adalah B sahaja.

Kadang-kadang syarikat atau agen ni mungkin sekadar nak kaut untung, tapi yang merana adik-adik nanti dekat sana. kalau lepasan SPM yang ada C dalam mana-mana subjek, mungkin adik-adik boleh semak semula subjek tersebut atau adik-adik boleh repeat kemabli SPM untuk subjek itu sahaja.

Pengalaman di Mesir
Bangun sekitar kawasan Universiti Mansoura Mesir 

Ini untuk keselamatan result adik dan memboleh kan adik layak untuk belajar di sana. Apa-apa pun boleh rujuk kementerian pengajian tinggi untuk maklumat lanjut. abang tak mau tengok adik-adik bila sambung study dekat mesir nanti ada masalah file atau sebagainya. ikut saluran yang betul tau .

LINK PERMOHONAN PELAJAR KE UNIVERSITI DI TIMUR TENGAHhttp://lynk.my/jtbi

Semoga permohonan adik-adik berjaya . nanti dah sampai timur tengah ingat satu ja, jasa mak ayah yang bawa dik-adik ke sana. hubungi mereka selalu dan jangan biar mereka merindui anda di Malaysia . Bila sampai di bumi Anbiya, jagalah adab-adab di sana. malulah kalau kita buat dosa dekat tempat suci yang pernah di lalui oleh para anbiya.

Semoga impian adik-adik tercapai ! amiin.

sekian.

p/s :  kalau nak tahu lebih mengenai mesir , boleh klik dekat bahagian atas entri ni ada tips-tips belajar di mesir ya :)
Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)