TIADA LAGI KIDUNG MU( LEFTHANDED) I NYANYIAN EZAD LAZIM DALAM GEGAR VAGANZA



GEGAR VAGANZA I Siapa tengok gegar vaganza tadi ? haa mesti korang tertarik dengan nyanyian lagu Ezad Lazim iaitu Tiada lagi Kidungmu . Lagu nyanyian asal dari kumpulan Lefthanded ini ternyata tidak susah untuk Ezad bawa dalam konsert kali ini.



Mendapat Pujian dari juri-juri sudah cukup membuktikan bahawa lagu yang di bawa ezad amatlah hebat dan serasi dengan suaranya . Ezad Lazim bukan suatu nama asing bagi peminat musik tanah air. Terkenal dengan lagu Jesnita bersama kumpulannya dahulu iaitu Exist , ternyata tidak mengecewakan peminat-peminatnya.

Saban Minggu, Ezad memberikan persembahan terbaiknya. dan personally aku suka suara ezad. dia lain dengan yang lain. Penyanyi sekarang dah kurang yang ada nilai irama Malaysia , macam artis dulu-dulu .

Semoga Ezad berjaya di Final Gegar Vaganza Minggu Depan. Nanti aku update lirik lagu ini dalam Entri yang lain ya. aku tengah nak edit sikit lagi. senyum selalu

Sekian.


Post a Comment

Previous Post Next Post